Tuesday, February 19, 2013

Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China

Penghibur jalanan yang mengembara ke serata tempat. Apa yang menariknya mengenai pertunjukkan jalanan ini ialah anda boleh melihat seorang lelaki menyeksa kanak-kanak dan juga haiwan sebagai hiburan. Gambar ini diambil dari pertunjukan yang diadakan di wilayah Guangxi. Ianya jelas menunjukkan dua remaja dicekik dan sendi lengan mereka lari dari kedudukan asal.

Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China

Mereka dikatakan datang dari wilayah Henan dan membuat pertunjukan berbahaya ini bagi mendapatkan wang. Selain itu, mereka turut menjual ubat-ubatan serta azimat kepada penonton. Terdapat spekulasi bahawa remaja tersebut mungkin telah diculik semenjak kecil.

Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China

Penculikan kanak-kanak sememangnya berleluasa di China, terutamanya di wilayah miskin. Pada Disember 2012, tujuh kanak-kanak sekolah rendah telah diculik di Sichuan dan diambil untuk bekerja di sebuah kilang di wilayah Guangdong. Seramai 70.000 kanak-kanak diculik di China setiap tahun.

Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China
Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China
Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China
Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China
Pertunjukan jalanan yang berbahaya di China

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...