Tuesday, February 5, 2013

Wanita cuba bunuh diri dengan terjun dari jejantas

Seorang wanita cuba menamatkan riwayatnya sendiri dengan membuat terjunan dari atas sebuah jejantas yang terletak di Wuhan, Wilayah Hubei, China, namun dia sempat diselamatkan oleh orang awam yang lalu-lalang disitu. Kejadian ini berlaku Sabtu lalu. 

Wanita cuba bunuh diri

Axiaofu, seorang pengguna Weibo terawal yang melaporkan insiden tersebut mengatakan dia terdengar bunyi besi pemegang jejantas berlanggar semasa wanita tersebut cuba untuk terjun. 

Saksi lain pula mengatakan orang ramai panik dan bergegas untuk menarik wanita tersebut sebelum sempat  untuk dia terjatuh. Ketinggian jejantas tersebut dikatakan sudah cukup untuk menyebabkan kematian. Jika bernasib baik, seseorang itu mungkin akan mengalami kecederaan serius. 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...