Monday, March 18, 2013

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

Hello Kitty merupakan karakter kartun comel yang menjadi kesukaan ramai sejak ia mula dihasilkan pada tahun 1974. Walaupun Hello Kitty mempunyai ramai peminat, namun tidak ramai yang mengetahui fakta mengenainya.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

11. Hello Kitty bukan rakyat Jepun. Berdasarkan fakta, Hello Kitty dilahirkan di England dan tinggal bersama ibu bapanya, George dan Mary Bell di Kota London.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

10. Nama sebenar Hello Kitty ialah Kitty White. Nama Inggeris (Kitty White) diberi kerana ketika ia mula dihasilkan, budaya British pada masa tersebut begitu popular dikalangan gadis Jepun. Ianya dikenali sebagai 'Hello Kitty' di Amerika Syarikat dan Eropah manakala di Jepun pula, mereka memanggilnya sebagai 'Kitty-Chan'.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

9. Hello Kitty mempunyai kembar yang bernama Mimmy. Mimmy memakai riben berwarna kuning di arah bertentangan dengannya.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

8. Hello Kitty mempunyai minat untuk membaca, melancong, mendengar muzik, berkawan, dan memakan biskut yang sedap. Dia bercita-cita untuk menjadi pemain piano atau penyair apabila telah dewasa.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

7. Hello Kitty dikatakan baru darjah 3, namun usia sebenarnya ialah 38 tahun.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

6.  Hello Kitty tidak mempunyai mulut yang kelihatan kerana dia bercakap dengan hati. Dia dikatakan berketinggian kira-kira lima biji epal dan seberat tiga biji epal.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

5. Produk dompet syiling Hello Kitty mula dikeluarkan di Jepun pada tahun 1974. Produk ini kemudiannya diperkenalkan di Amerika Syarikat dua tahun kemudian.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

4. Pada tahun 1983, Hello Kitty dinamakan sebagai Duta UNICEF untuk Amerika Syarikat.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

3. Kini, terdapat kira-kira 22,000 produk Hello Kitty yang berada dipasaran. Khabar angin mengatakan setiap bulan, 600 produk Hello Kitty akan diambil semula dan digantikan dengan 600 produk baru.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

2. Karakter Hello Kitty menjadi inspirasi untuk perhiasan malah turut dijadikan tema untuk hospital, kapal terbang, restoran, spa, dan taman hiburan.

11 perkara mengenai Hello Kitty yang jarang diketahui

1. Purata pendapatan Hello Kitty kira-kira U$D1 bilion setahun. Terbaru, Bill Gates pernah memberi tawaran  untuk membeli hak ke atas Hello Kitty dengan harga U$D5.6 bilion namun tawaran tersebut tidak diterima.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...