Monday, March 11, 2013

Cara doktor gigi menceriakan pesakit

Ramai yang takut untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana perkakasan yang digunakan di klinik pergigian kelihatan tidak ubah seperti di bilik pembedahan. Tidak hairanlah jika ramai yang terketar walaupun belum sempat untuk duduk di atas kerusi yang disediakan.

Ada juga pesakit yang trauma terasa seperti bakal dijadikan bahan eksperimen. Tambahan pula, doktor dan jururawat di situ kelihatan garang walaupun mereka sedang memakai topeng penutup muka. Semuanya disebabkan perasaan kita sendiri dan sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan.

Mungkin langkah-langkah yang diambil oleh doktor di dalam gambar ini sedikit sebanyak dapat menceriakan pesakit. Agak mencuit hati. Jangan pula ada pesakit yang tertelan gigi sendiri ketika diberi rawatan.

Cara doktor gigi menceriakan pesakit

3 comments:

  1. Kalau macam ni belum pape AJ dah tergelak2.... =P
    Tapi AJ suka pegi cabut gigi.....
    Bila dia nak inject tu je cam seram sikit....

    ReplyDelete
  2. klu macam nie memang tak boleh cabut gigi la sebab asyik ketawa je..suka tengok gigi arnab doktor..hehe..:-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...