Saturday, April 6, 2013

Keajaiban lelaki terjerlus ke dalam lumpur terselamat

Berlaku keajaiban apabila seorang petani terselamat selepas terjatuh ke dalam lubang lumpur berketinggian 30 kaki. Dia hampir tenggelam sepenuhnya dan terpaksa mengharungi detik menakutkan tersebut selama lebih empat jam. Mujurlah Chan Lai sempat diselamatkan oleh pasukan bomba di Selatan China.

cemas

Dalam insiden tersebut, Chan, 62, tergelincir ke dalam lumpur selepas meninggalkan ladangnya di Neijing, wilayah Sichuan dan terjelus dengan cepat. Ketika orang kampung cuba menyelamatkannya, mereka hanya mampu menariknya ke permukaan sahaja. "Saya semakin tenggelam. Ianya seperti disedut ke dalam pasir jerlus," kata Chan selepas diselamatkan.

cemas

Pasukan bomba mengepam keluar selut yang berada di sekeliling namun mereka terpaksa menggali Chan keluar apabila hos yang digunakan tersekat. Selepas beberapa kali proses menggali dan menyedut dilakukan berulang, akhirnya Chan dikeluarkan dengan selamat. "Saya telah tertanam hidup-hidup dan menyangkakan saya akan mati," kata Chan.

cemas
cemas

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...