Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hampir maut setelah terjun dari tingkat enam sebuah bangunan dengan memegang payung di China. Kanak-kanak tersebut tekad untuk terjun dari tingkap sebuah kilang selepas menonton kartun yang memaparkan aksi yang sama kanak-kanak terapung di udara dengan memegang payung.
Detik mencemaskan tersebut berjaya dirakamkan oleh kamera keselamatan dan ianya menunjukkan seorang kanak-kanak berpakaian merah jambu terhempas ke tanah sambil memegang payung berwarna kuning. Kejadian ini turut disaksikan oleh beberapa pekerja di kilang syarikat percetakan yang terletak di bandar Shenzhen, Wilayah Guangdong, dimana ayahnya turut bekerja di situ.
Mengikut laporan, ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan membawanya ke kilang tersebut selepas mengambilnya dari sekolah. Dia dikatakan berada di dalam bilik yang berkunci ketika terjun melalui tingkap. Kanak-kanak ini tinggal bersama ayahnya selepas berlaku penceraian dengan ibunya. Berdasarkan doktor, dia mengalami keretakan tulang di pelbagai bahagian dan dalam keadaan kritikal.
makanya dampingi anak kalo nonton
ReplyDelete