Wednesday, April 10, 2013

Tragedi kereta sorong anak bergerak ke dalam sungai

Seorang ayah menghadapi detik menakutkan apabila kereta sorong anaknya bergerak ke dalam sungai ketika dia sedang menangkap gambar keluarganya. Lebih malang, si ayah tersebut turut terkorban ketika cuba menyelamatkan anaknya.

kereta sorong

Sun Wen terjun ke dalam air dalam usaha menyelamatkan bayinya Lin Sun yang baru berusia 18 bulan dan kemudiannya mati lemas sebelum dijumpai oleh pasukan penyelamat. Sun membawa kereta sorong anaknya berdekatan sungai di Hangzhou, wilayah Zhejiang, timur China bagi mengambil gambar keluarga bersempena  sebuah perayaan Pembersihan Batu Nisan dimana mereka sekeluarga telah turut sama melawati kubur nenek moyang mereka.

kereta sorong

Namun begitu, Sun dikatakan tidak tahu berenang dan tenggelam timbul ke permukaan air kira-kira 20 minit sebelum pasukan penyelamat mencapainya dan anaknya. Jurucakap polis berkata tragedi ini mungkin disebabkan kegagalan brek bagi menahan tayar kereta sorong tersebut dari bergerak atau mungkin dia sendiri terlupa untuk menetapkan fungsi brek tersebut.

kereta sorong

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...