Sunday, April 21, 2013

Video: Wartawan sanggup tangguh perkahwinan untuk membuat liputan gempa bumi

Bagi mana-mana pengantin, kebanyakan mereka mahu meneruskan upacara perkahwinan walau apa pun yang terjadi. Namun situasi ini agak berbeza dimana seorang wartawan TV, Chen Ying, mengambil keputusan untuk menangguhkan majlisnya buat sementara waktu bagi membuat liputan tentang gempa bumi yang melanda Selatan China baru-baru ini.

pengantin China

Dalam keadaan tergesa-gesa, wartawan ini tidak sempat untuk menukar gaun perkahwinannya. Dia turut menemuramah beberapa saksi bencana yang berlaku di wilayah Sichuan tersebut. Rakaman video ini mula tersebar di media sosial dan telah menjadi perbualan hangat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...