Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, July 23, 2012

Polis hidu bau nafas penunggang motosikal

SEORANG anggota polis menghidu bau nafas seorang penunggang motosikal semasa satu sekatan jalan raya diadakan di Kathmandu pada 17 Julai lalu.
KATHMANDU - Beberapa anggota polis di sini menghidu bau nafas para penunggang motosikal bagi mengesan mereka yang meminum minuman keras, lapor agensi berita AFP semalam.

Ketiadaan alat penguji nafas dan ujian darah menyebabkan anggota-anggota polis menggunakan kaedah mengesan bau nafas para penunggang motosikal.

Salah seorang penunggang motosikal itu, Ram Thapa, 27, telah dikenakan denda sebanyak 1,000 rupee (RM37.79) manakala lesennya dirampas kerana polis mendapati nafasnya menunjukkan dia telah meminum minuman keras.

Namun, dia tidak ditangkap.

Menurutnya, dia minum tiga gelas kecil wain buatan tempatan.

sumber- Kosmo

19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu

19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
Che Soh bahagia bersama isteri-isterinya ketika ditemu bual petang semalam. 
19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
Sebahagian ahli keluarga Che Soh.
KOTA BHARU- “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52, turut serta semasa Sinar Harian ke kediaman keluarga besar itu.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak hasil bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

Apabila ditanya rahsianya yang mampu memiliki isteri dan anak ramai itu, Che Soh berkata, kelebihan itu ketentuan ALLAH SWT.

Katanya, dia banyak menunaikan solat sunat Tahajud dan Istikharah di samping mengamalkan ayat-ayat lazim al-Quran untuk mengendalikan isteri degil.

“Saya juga mendidik isteri berpandukan sunnah Rasulullah SAW dan meminta mereka mengikut contoh isteri Rasulullah dalam melayan suami,” katanya.

Dalam pada itu, Che Soh berkata, dia lebih gemar mempraktikkan komunikasi efektif dalam kalangan ahli keluarganya bagi menguruskan hal rumah tangga.

“Saya akan bertindak menjadi sebagai penasihat dalam keluarga dengan menggunakan pendekatan agama seperti digariskan dalam Islam.

“Di samping itu, saya mengajar isteri-isteri agar berterus-terang jikalauada tidak puas hati dan jangan simpan dalam hati jika tidak suka,” katanya.

Che Soh berkata, kebijaksanaan mengendalikan masalah yang timbul juga penting dalam menguruskan keluarga yang besar.

Katanya, tiga anak lelakinya iaitu Che Azman, 35; Che Azwadi, 31, dan Che Azizul, 28 turut mengikut jejak langkahnya beristeri lebih daripada satu.

Sementara itu, isteri keduanya, Mariam berkata, suaminya itu seorang yang manja dan mudah dijaga serta adil kepada semua isterinya.

Mariam menyifatkan suaminya seorang yang bijak menyelesaikan masalah berbangkit antara dia dengan dua orang madunya yang lain.

“Kami sesama isteri tidak pernah menaruh perasaan dendam mahupun marah dan hubungan kami rapat seperti kawan-kawan serta tidak pernah bergaduh besar. Kalau ada apa-apa masalah yang timbul, kami akan terus bagi tahu suami dan biar suami selesaikan,” katanya.

Menurutnya, antara daya tarikan suaminya ialah keistimewaan memiliki kemahiran seni mempertahankan diri.

“Sebelum saya mengenali suami, saya sudah pun bertunang dan selepas berjumpa dengan suami, saya tertarik dengannya dan keluarga pun menyukainya dan merestui perhubungan ini,” katanya.

Anak gembira keluarga besar

“Saya sebagai anak rasa gembira ditakdirkan lahir dalam keluarga yang besar,” kata anak perempuan Che Soh,

Rabiaahtun Adawiah, 23, Anak ke-23 Che Soh itu berkata, kegembiraan dirasai ketika musim perayaan kerana disambut dalam suasana yang begitu meriah dengan kehadiran kesemua adik-beradik.

Menurutnya, biarpun berlainan ibu, tetapi tidak menghalang mereka adik-beradik menjalinkan hubungan kekeluargaan yang rapat.

“Setiap kali hari raya kami akan mempunyai tema warna baju raya dan kami tidak pernah mempunyai rasa cemburu antara satu sama lain.

Cuma kalau ada perselisihan faham itu perkara biasa, tetapi dapat diselesaikan dengan baik sebab abah pandai selesaikan,” katanya.

Rabiaahtun Adawiah berkata, ayahnya itu manja dengan anak-anak sekiranya sakit, ayahnya menuntut kesemua 46 anaknya balik menziarahinya walaupun sekejap.

“Saya sendiri yang telah kahwin ini pun ada dua anak masih tidur atas riba abah lagi sekarang ini, begitu juga dengan anak-anak yang lain,” katanya.

Bagi Rabiaahtun Adawiah, ayahnya itu seorang yang tegas dengan anak-anak dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

sumber- Sinar

10 gambar hantu sebenar yang terkenal di Malaysia

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

 Hantu Budak Cina Tol Plaza
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas papan hijau di sebelah kanan gambar. Gambar hantu budak cina ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

2. Hantu Kereta Remuk

gambar hantu dalam kereta kemalangan
Gambar hantu bertudung ini dikatakan diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap

gambar hantu batu nisan
Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

gambar hantu tiga beradik
Gambar hantu 3 beradik ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

gambar hantu di balai polis
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar hantu ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

gambar hantu lembaga putih
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan gambar hantu ini diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga misteri ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang

gambar hantu pocong
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

gambar hantu misteri
Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

gambar hantu wanita India
Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut cerita, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

10. Wanita Kebaya Merah

gambar hantu kebaya merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa tragedi kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

sumber- Amazingnara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...