Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, November 1, 2012

Gincu, pemetik api diisi gas pemedih mata

GENEVA - Pihak kastam Switzerland mempamerkan sejumlah gincu dan pemetik api palsu yang mengandungi gas pemedih mata di sini semalam.

gas pemedih mata
Gambar menunjukkan beberapa pemetik api dan gincu yang diisi gas pemedih mata.
Gincu palsu itu dipamerkan untuk dilihat oleh beberapa pemberita dan jurugambar.

Menurut beberapa pegawai kastam, gincu dan pemetik api tersebut yang diperbuat dari China telah dirampas di negara ini.

sumber- AFP

Keranda muncul dari kubur akibat taufan Sandy

CRISFIELD, Maryland - Dua buah keranda muncul dari dalam kubur selepas taufan Sandy melanda bandar ini pada Isnin lalu, menurut akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Keranda perak dan gangsa itu 'muncul' selepas simen di atas kubur tersebut pecah ekoran taufan tersebut membawa angin kencang dan air laut ke daratan.

keranda
SEBUAH keranda 'muncul' dari dalam kubur di sebuah kawasan perkuburan di Crisfield kelmarin.
Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat (AS) dengan membawa banyak kemusnahan sehingga hampir menenggelamkan bandar raya New York.

Lebih 8.2 juta orang tidak mendapat bekalan elektrik di 17 buah negeri di AS ekoran serangan taufan tersebut.

Taufan itu turut membawa kemusnahan di Boston, Philadelphia dan Washington.

Taufan itu meninggalkan bandar raya New York kelmarin.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, taufan itu bergerak lemah ke negeri Pennsylvania di timur laut AS dan dijangka menuju ke timur New York dan Kanada. 

sumber- Agensi

Disney beli syarikat filem Star Wars

LOS ANGELES - Syarikat Walt Disney Co., membeli Lucasfilm Ltd., yang mengeluarkan filem-filem Star Wars sebanyak AS$4.05 bilion (RM12.33 bilion).

Pengumuman itu dibuat oleh pihak pengurusan syarikat Walt Disney tersebut kelmarin selepas perjanjian dicapai dengan pemilik dan pengasas Lucasfilm, George Lucas.

Syarikat itu membeli Lucasfilm dalam bentuk wang tunai dan saham.

Star Wars
BEBERAPA pelakon dan watak dalam filem Star Wars bergambar bersama Lucas (tiga dari kiri) di Los Angeles pada 18 Januari 1997.
Lucas akan menjadi individu kedua yang paling banyak memiliki saham syarikat Walt Disney.

Dia memiliki 2.2 peratus saham dalam syarikat itu.

Syarikat Walt Disney juga mengumumkan filem Star Wars Episode 7 akan diterbitkan pada 2015.

Lucas bakal menjadi perunding kreatif untuk filem baharu Star Wars.

"Sudah tiba masanya untuk saya menyerahkan Star Wars kepada generasi baharu pembikin filem," kata Lucas dalam satu kenyataan.

Pengerusi bersama Lucasfilm, Kathleen Kennedy akan menjadi presiden dan membuat laporan tentang perkembangan syarikat itu kepada Pengerusi Studio Walt Disney, Alan Horn.

Antara filem Star Wars itu ialah The Empire Strikes Back, Return of the Jedi, The Phantom Menace dan The Clone Wars. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...