Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, November 1, 2012

Usahawan muda gantung diri

Akanksha Rathi

NEW DELHI: Seorang usahawan terkemuka India ditemui mati tergantung hanya beberapa hari selepas dia membuat laporan polis diganggu oleh mentuanya.

Akanksha Rathi, 32, memberitahu polis, ibu dan bapa mentuanya cuba untuk menghalang dia daripada menuntut harta pusaka suaminya, Anirudh Rathi. Mereka mendakwa, Akanksha tidak pernah bersikap baik terhadap suaminya.

Ahli perniagaan wanita yang glamor itu dan terkenal di kalangan perniagaan keluli yang didominasi kaum lelaki ditemui mati di kediaman ibu bapanya di sini pada 23 Oktober lalu hanya beberapa minggu selepas suaminya mati akibat serangan jantung. 

Akanksha mendakwa keluarga suaminya melakukan penderaan mental ekoran kematian Anirudh pada 4 September lalu dan cuba menghalangnya mewarisi sebahagian empayar perniagaan keluli keluarga itu. 

Akanksha memulihkan sebuah cawangan perniagaan keluarga itu dengan keuntungan 43 juta pound (RM215 juta) setahun sejak beberapa tahun lalu dan dia telah memenangi Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik pada 2009. 

Polis berkata, ibu bapa Anirudh merampas harta menantunya itu dan mendakwa dia tidak berhak untuk mewarisi harta berkenaan selepas dia berkunjung ke New Delhi untuk menghadiri upacara keagamaan untuk Anirudh. Dia kemudian dilaporkan hilang dan ditemui tergantung pada kipas siling di kediamannya selepas mengambil pil tidur.

Pasangan itu berkahwin pada 2004 atas dasar suka sama suka walaupun mendapat tentangan daripada ibu bapa Anirudh.

Keluarga Anirudh adalah satu daripada keluarga terkaya kasta Jat di India. Jurucakap polis Abid Khan memberitahu media: “Akanksha memfailkan aduan mengenai gangguan berkaitan hantaran kahwin terhadap mentuanya awal bulan lalu.

“Dia menuduh mereka menyeksanya secara mental dan melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.

“Kami telah menghantar pasukan ke Delhi untuk menahan tertuduh yang dinamakan dalam laporan dibuat, tetapi mereka memperoleh ikat jamin,” katanya.

Aktivis hak asasi wanita berkata kematian Akanksha menggambarkan ‘hakikat sedih’ kebanyakan wanita di India di mana kecantikan atau kejayaan tidak dapat mengatasi prejudis kasta.

Ibu Akanksha, Anita Singh berkata: “Justeru tidak dapat menangani trauma dihadapinya, anak perempuan saya mengakhiri hidupnya.” 

sumber-DM

Leka layan pelanggan

RAWANG - Taktik pemilik sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan sekitar sini, semalam.

Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan.

Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan pelanggan di tingkat tiga.

rumah urut
Dua pintu mini yang terdapat pada hujung dinding dipercayai tempat pekerja menyorok.
Manakala di tingkat dua, dua pintu tersembunyi ditemui dipercayai tempat pekerja warga China itu menyorok sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, premis yang beroperasi lebih setahun itu pernah diserbu polis awal tahun ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPS merangkap Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, dua pusat refleksologi di Rawang Sentral disita selepas beroperasi tanpa permit sejak tahun lalu.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu.

“Barang rampasan melibatkan 20 tilam, tiga set urut kaki dan cecair urutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam operasi berasingan, sebanyak tiga pusat kafe siber berunsur judi di Bandar Baru Rawang dan Rawang Mutiara turut dikenakan tindakan sitaan kerana beroperasi tanpa permit.

Satu daripadanya beroperasi selama 24 jam dan menawarkan ganjaran sehingga RM200,000 selain cabutan bertuah maksimum RM1,200 melalui pembelian kupon bernilai RM10.

Seorang pekerja yang dikenali sebagai Soh berkata, premis tersebut beroperasi selama enam bulan dan baru bertukar pengurusan tiga bulan lalu.

Soh yang juga warga Myanmar dipertanggungjawab mengurus premis itu dan diberikan tempat tinggal di situ.

Katanya, kebanyakan yang datang di premis terdiri daripada orang dewasa dan mendakwa tiada pelajar sekolah memasuki kawasan itu.

sumber- Sinar

Pesawat mainan diharam jual

BEIJING: China semalam mengharamkan penjualan helikopter dan kapal terbang kawalan radio di bandar raya ini.

Langkah itu bertujuan meningkatkan kawalan keselamatan menjelang perubahan pucuk pimpinan sekali dalam satu dekad berlangsung di Beijing.

Bagi beberapa model helikopter dan kapal terbang, yang hanya boleh dikawal dalam jarak beberapa meter saja pembeli mesti membuktikan identiti mereka kepada penjual, lapor akhbar Youth Daily.

helikopter mainan
gambar hiasan
Kedai lain diarah menggantung sama sekali penjualan mainan itu.

Tindakan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan ketika Parti Komunis bersiap sedia untuk satu majlis penyerahan kuasa yang dijual berlangsung pada Kongres ke-18 Parti Komunis, bermula 8 November.

Kira-kira 1.4 juta sukarelawan digerakkan untuk membantu melindungi perhimpunan yang dijangka dihadiri ramai jemputan.

Beijing turut mengenakan tekanan ke atas pengkritik kerajaan menjelang mesyuarat itu.

Aktivis, Hu Jia dipaksa meninggalkan bandar raya berkenaan dan tinggal di rumah keluarganya di Anhui sehingga kongres itu tamat, kata Human Rights Watch, kumpulan hak asasi yang berpejabat di New York.

Media tempatan juga melaporkan mengenai peningkatan dalam pemeriksaan identiti terhadap penumpang kenderaan awam di Beijing.

Pegawai keselamatan turut meningkatkan pengawasan ke atas perkhidmatan kereta api dari Xinjiang, wilayah barat laut negara itu yang majoriti penduduknya beragama Islam. Isu itu dibincangkan dengan meluas oleh pengguna Internet di laman sembang paling popular negara itu, Sina Weibo.

Seorang pengguna berkata, dia diarah mengisi borang apabila menaiki sebuah teksi. Antara yang perlu dinyatakan dalam borang itu ialah maklumat peribadi dan destinasinya.

Seorang pengguna lain berkata, dia tidak dibenarkan membeli pisau kerana sekatan yang dikenakan menjelang perhimpunan berkenaan. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...