Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, November 13, 2012

McShaker Gangnam Style

Penggemar setia Mc.D di Malaysia pasti pernah merasai McShaker. Kentang goreng yang digoncang sendiri bersama kebiasaannya perisa keju ataupun BBQ. Rasanya amat istimewa berbeza berbanding kentang goreng biasa.

Kini anda boleh mengoncang McShaker dengan gaya gangnam. 

McShaker Gangnam Style

Pesawat mendarat selepas satu enjin rosak

SYDNEY, Australia - Sebuah pesawat syarikat Emirates Airlines A380 mendarat semula selepas dua jam berlepas ekoran salah satu enjinnya rosak, menurut laporan semalam.

Menurut beberapa penumpang, mereka mendengar bunyi yang kuat dan api berwarna oren semasa berada di dalam pesawat.

Mereka berkata, kapten pesawat tersebut menyatakan enjin nombor tiga telah ditutup.

Emirates Airlines A380
SEBUAH pesawat A380 milik syarikat Emirates Airlines yang mengalami masalah enjin diletakkan di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Sydney semalam.
Seorang koresponden akhbar Sydney Morning Herald, Matt Campbell berkata, kejadian itu berlaku semasa pesawat bergerak dalam keadaan menaik.

Ketika kejadian, pesawat gergasi itu dalam penerbangan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang antarabangsa di sini pada malam kelmarin.

Seorang penumpang, John Fothergill memberitahu akhbar The Australian, dia melihat api dari sebuah enjin.

Menurutnya, pesawat tersebut turut bergegar.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Lebih 70 buah pesawat A380 telah dihantar kepada beberapa syarikat penerbangan di dunia.

Pesawat itu dibuat oleh syarikat Airbus.

Ia boleh membawa 525 penumpang. 

sumber- Agensi

5,000 menari tarian kuda di Rom

ROM - Seramai 5,000 orang menari tarian kuda yang pernah dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy di sini kelmarin.

Gangnam Style
AKSI salah seorang peserta yang menari tarian kuda.
Mereka menari di Dataran Piazza Del Popolo dan melakukan pergerakan tarian kuda ketika lagu Gangnam Style nyanyian Psy diperdengarkan.

Penganjur perhimpunan itu menggunakan rangkaian laman sosial dan pemberitahuan secara lisan untuk menghimpunkan peserta tersebut.

Piazza Del Popolo
SERAMAI 5,000 orang menari tarian kuda di Dataran Piazza Del Popolo, Rom kelmarin.
Kebanyakan peserta itu ialah golongan remaja.

Perhimpunan itu bermula pada pukul 4.45 petang waktu tempatan.

Para peserta memakai pakaian baju-T berwarna putih yang mempunyai imej wajah Psy.

Klip muzik video Gangnam Style nyanyian Psy itu telah ditonton lebih 670 juta kali di laman YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...