Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, December 25, 2012

Cinta Si Gadis Galah

RASILIA: Walaupun memiliki ketinggian luar biasa, ia tidak menghalang Elisany da Cruz Silva menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk menjalinkan percintaan dengan lelaki pilihan.

Elisany, 17, ketika ini diiktiraf sebagai remaja perempuan tertinggi di dunia dengan ketinggian 2.07 meter, manakala teman lelakinya 40.6 sentimeter lebih rendah. Apabila perlu, Elisany terpaksa membongkok untuk mencium kekasihnya, Francinaldo da Silva Carvalho, 22.

Elisany da Cruz Silva
ELISANY bersama kekasihnya, Carvalho bercanda di tepi pantai di Salinopolis, Brazil.
Berasal dari Salinopolis, ketinggian Elisany meningkat ketara akibat ketumbuhan pada kelenjar pituitari yang mengawal tumbesaran.

BAGI pasangan ini, perbezaan ketinggian tidak pernah menjadi masalah.

Ketumbuhan itu telah dibuang melalui pembedahan sebelum ini.

Menurut Elisany, dia terpikat kepada Carvalho kerana pemuda itu memiliki personaliti yang menyenangkan.

Katanya, Carvalho bijak berinteraksi, sama ada dengan orang lain atau dirinya sendiri.

“Satu-satunya aspek yang menjejaskan hubungan kami ialah ketinggian.

“Apabila kami keluar berpegangan tangan, Carvalho kelihatan seolah-olah adik atau anak saya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Elisany, bukan dia yang memilih Carvalho menjadi kekasih, sebaliknya ia berlaku atas kehendak Tuhan. Sementara itu, Carvalho berkata, rakannya tertanya-tanya bagaimana dia memeluk Elisany.

Kata pekerja pembinaan itu, ia tidak menjadi halangan kerana setiap masalah ada penyelesaian.

“Elisany seorang yang jelita walaupun ketinggiannya sangat ketara.

“Saya tiada masalah memiliki kekasih yang sangat tinggi,” katanya. Sementara itu, Elisany berkata, selain bermasalah untuk menaiki bas sekolah, dia berhenti belajar apabila ketinggiannya menjadi bahan ejekan rakan sekelas. Di rumah pula, Elisany mengaku berdepan banyak masalah apabila sering terhantuk kayu siling. 

sumber- DM

Video: Buaya melompat ke arah pelancong yang cuba mendekatinya

Seorang pelancong dari Sweden amat bernasib baik kerana dapat melepaskan diri dari terus diserang oleh seekor buaya. Kejadian ini berlaku di Utara Australia. Felix Andersson telah bercadang untuk menangkap gambar kenang-kenangan dengan mendekati seekor buaya yang sedang tidur. Ketika itu, buaya tersebut sedang bertenggek di atas batu.

Buaya melompat ke arah pelancong yang cuba mendekatinya

Tanpa disangka, buaya itu secara tiba-tiba berlari lalu melompat sehingga terkena kepala Felix. Atas serangan itu, Felix yang panik segera melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat supaya tidak terus diserang oleh anak buaya itu lagi. Insiden ini dirakamkan oleh rakannya, Ulrik Bergsland yang turut sama berada di situ. Video tersebut telah dimuat naik  ke Youtube dan telah ditonton oleh jutaan pengunjung.

Lelaki daki air terjun beku

AL KAIDA, Switzerland - Seorang lelaki, di sini dilabel sebagai seorang pendaki berani mati kerana sanggup membahayakan diri dengan mendaki air terjun yang membeku, berada pada ketinggian 137 meter, semata-semata mahu mencapai kepuasan diri.

Walter Hungerbuhler

Detik-detik menakutkan yang dilalui pendaki tersebut, Walter Hungerbuhler semasa membuat pendakian itu sempat dirakamkan oleh seorang jurufoto, Rainer Eder yang berada di lokasi air terjun itu di kampung Wolfenschiessen, tengah Switzerland.

Hungerbuhler mengakui dia telah banyak kali melakukan pendakian di air terjun yang membeku semasa musim sejuk dengan menggunakan peralatan seperti tali dan tukul ais.

Katanya, dia mengambil peluang untuk mendaki air terjun Al Kaide itu yang merupakan air terjun paling sukar, walaupun berdepan risiko ais pecah dan mencair.

"Semasa mendaki, ais terjun akan mengeluarkan bunyi menyeramkan seolah-olah ia akan pecah dan mencair, tetapi bunyi tersebut merupakan petanda yang selamat," katanya.

Jurufoto terbabit, Eder berkata, lokasi ais terjun tersebut tidak berada jauh dari rumahnya.

"Keberanian Hungerbuhler sangat mengagumkan dan foto yang saya ambil sudah cukup menggambarkan keberanian tersebut," katanya.

Wolfenschiessen terletak di kawasan pergunungan berdekatan Tasik Lucerne dan wilayah itu terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan. 

sumber- AGENSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...