Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, January 13, 2013

Hubungan terlarang dengan anjing, lelaki bakal dipenjara seumur hidup

Seorang lelaki menghadapi hukuman penjara seumur hidup setelah didapati bersalah melakukan hubungan terlarang dengan anjing

Charles Ralph Horton

Charles Ralph Horton, 57, ditahan di Penjara Daerah Kent dan boleh dibebaskan dengan jaminan $500,000. Jika dibebaskan, Horton hanya boleh berada di rumah dan akan dikawal ketat. Hakim akan menetapkan pendakwaan terhadapnya  minggu ini. 

Polis mengatakan, Horton telah melakukan hubungan seks bersama anjing dari Ogos hingga November 2012 di lokasi Lexington Avenue. Dalam rekod mahkamah, pihak berkuasa memanggil perbuatan tersebut sebagai 'Jenayah yang dibenci dan dikeji'.

Horton sebelum ini pernah disabitkan kesalahan atas tingkahlaku jenayah seksual pada tahun 1991 di daerah Muskegon. Rekod juga menunjukkan dia pernah disabitkan kesalahan pecah rumah sekitar tahun 1980-an.

Lelaki pekak ditikam kerana bahasa isyarat disangka tanda kumpulan samseng

BURLINGTON, North Carolina- Seorang lelaki pekak ditikam berkali-kali selepas bahasa isyarat yang dilakukannya disalah anggap sebagai tanda kumpulan samseng.

Polis Burlington, Sarjan Mark Yancey, memberi ulasan ketika insiden tersebut, Terrance Ervin Daniels, 45, sedang menggunakan bahasa isyarat dengan lelaki lain. Dia kemudiannya mengatakan terdapat individu lain yang memerhatikan kelakuan mereka dan menyangkakan mereka sedang melakukan tanda isyarat kumpulan samseng. Daniel kemudian ditikam menggunakan pisau dapur. Jiran yang melihat keadaan mangsa segera menelefon talian kecemasan.

Robert Jarell Neal
Robert Jarell Neal
Daniel berada dalam keadaan stabil setelah dimasukkan ke Hospital UNC di Chapel Hill selepas insiden yang berlaku Rabu lalu.

Polis menahan suspek, Robert Jarell Neal, 22, atas tuduhan menyerang dengan senjata berbahaya dengan niat untuk membunuh orang yang cacat upaya. Dia ditahan di Penjara Daerah Alamance. Tidak diketahui sama ada Neal mempunyai peguam atau tidak.

Video: Trak tunda 4 kenderaan dalam satu masa

Video yang mengejutkan ini telah dirakamkan di sebuah lebuhraya di Lioning, China. Sebuah syarikat penunda mengambil langkah penjimatan untuk menunda empat kenderaan yang rosak sekali gus dengan hanya menggunakan satu trak.

gambar lori rosak

Lebih mengejutkan, kenderaan yang ditunda tersebut semuanya bersaiz besar. Dua kenderaan yang ditunda ditarik seperti gerabak kereta api manakala satu diletakkan di belakang trak penunda tersebut dan satu lagi di belakang kenderaan paling belakang. Hal ini membahayakan pengguna jalan raya yang lain jika berlaku perkara yang tidak diingini.

gambar trak tunda lori

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...