Sunday, January 13, 2013

Lelaki pekak ditikam kerana bahasa isyarat disangka tanda kumpulan samseng

BURLINGTON, North Carolina- Seorang lelaki pekak ditikam berkali-kali selepas bahasa isyarat yang dilakukannya disalah anggap sebagai tanda kumpulan samseng.

Polis Burlington, Sarjan Mark Yancey, memberi ulasan ketika insiden tersebut, Terrance Ervin Daniels, 45, sedang menggunakan bahasa isyarat dengan lelaki lain. Dia kemudiannya mengatakan terdapat individu lain yang memerhatikan kelakuan mereka dan menyangkakan mereka sedang melakukan tanda isyarat kumpulan samseng. Daniel kemudian ditikam menggunakan pisau dapur. Jiran yang melihat keadaan mangsa segera menelefon talian kecemasan.

Robert Jarell Neal
Robert Jarell Neal
Daniel berada dalam keadaan stabil setelah dimasukkan ke Hospital UNC di Chapel Hill selepas insiden yang berlaku Rabu lalu.

Polis menahan suspek, Robert Jarell Neal, 22, atas tuduhan menyerang dengan senjata berbahaya dengan niat untuk membunuh orang yang cacat upaya. Dia ditahan di Penjara Daerah Alamance. Tidak diketahui sama ada Neal mempunyai peguam atau tidak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...