Sunday, January 13, 2013

12 rekaan rumah burung yang unik dan kreatif

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Sekali imbas, kelihatan seperti CCTV sebenar, namun siapa sangka ianya hanyalah sebuah rumah burung. Model rumah burung Big Brother Birdhouse ini benar-benar kreatif. Selain berfungsi sebagai kediaman burung-burung, ianya mungkin mampu menakutkan pencuri yang cuba memecah masuk ke rumah pemiliknya.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Rumah burung ini mungkin lebih sesuai dipanggil hotel atau apartment burung-burung kerana ianya mempunyai struktur yang luas dan agak besar. Rumah burung yang istimewa ini terletak di Mussolini's Palazzo della Civiltà Italiana di King's Wood, Kent, England.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Idea kreatif rumah burung yang diperbuat dari tong cat terbuang. Setiap bahagian tong tersebut diguna pakai dan diwarnakan dengan cantik. Beberapa perhiasan dilekatkan agar ianya kelihatan lebih menarik. Rumah burung ini dijual dengan harga sekitar $24.99.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Rekaan rumah burung ini adalah berasaskan Tiang Totem (tiang yang dihasilkan oleh beberapa suku peribumi dan sesetengah daripadanya percaya tiang ini mempunyai semangat tertentu). Ianya terletak di Victoria, BC, Canada.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Caravan Birdhouse, Sebuah rumah burung yang dihasilkan berdasarkan rumah triler (rumah yang dibawa berpindah randah dengan menggunakan kenderaan) yang bersaiz kecil.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Thebird box direka dengan empat saiz lubang yang berbeza dan boleh diubah mengikut kesesuaian saiz burung. Rekaan yang bergaya ini turut dilengkapi tangga di dalamnya bagi membolehkan anak-anak burung yang bersedia untuk terbang memanjat keluar dari lubang yang disediakan.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Ceramic Cupcake Birdhouse adalah rekaan rumah burung berbentuk cupcake dan diperbuat daripada seramik. Ianya kelihatan menyelerakan walaupun sebenarnya tidak boleh dimakan. Bumbung rumah burung ini dibentuk seakan krim vanila, coklat, dan strawberi

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Rekaan ini seakan struktur rumah mewah dua tingkat. Namun ianya lebih kelihatan seperti rumah patung mainan. Mungkin ianya agak sesuai dijadikan perhiasan di laman rumah selain menjadikan ia sebagai kediaman burung-burung.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Rumah burung yang menceriakan dari seramik hasil rekaan warga Itali, Alberto Caramello. Hadiah yang sesuai untuk kanak-kanak yang semakin meningkat dewasa.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Birdhouse Creative Vlaemsch merupakan rumah burung yang direka seakan ranting kayu dan mendekatkan pemiliknya kepada alam semulajadi. Malah, mereka yang tinggal di apartment yang tinggi juga boleh memasangnya di balkoni dengan menyesuaikan dedaun hijau. Ianya diilhamkan oleh pereka Perancis, Emilie Cazin.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Rumah burung APA hasil rekaan pereka Portugis, Luis Porem ini boleh digunakan dengan pelbagai cara. Antaranya dilekat pada dinding, dipancang pada tiang kayu, digantung pada pokok, diletak atas meja atau sebarang cara yang difikirkan sesuai.

rekaan rumah burung yang unik dan kreatif
Rekaan rumah burung seakan kabin Abe Lincoln (Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat yang terkenal) dilahir dan dibesarkan.

1 comment:

  1. smart!tapi burung ade bertelur ke dalam ni?hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...