Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, March 4, 2013

Guru kecil mengajar di sekolah India

Seorang lelaki berusia 22 tahun telah terbantut tumbesarannya sehingga kekal menjadi kanak-kanak. Istimewanya, lelaki ini merupakan guru paling kecil di dunia dan mengajar di sekolah wanita Haryana, India. Azad Singh lebih mesra dipanggil 'Chotu' oleh para pelajarnya yang bermaksud 'tuan kecil'. Ketinggian Azad serendah 3 kaki dan mempunyai berat kira-kira 19 kg.

Guru kecil mengajar di sekolah India

Azad memperolehi pendapatan 10,000 rupee sebulan dengan mengajar kemahiran komputer. Katanya, "Saya tidak kisah. Saya telah mencapai apa yang saya mahukan. Layanan yang saya terima kini agak berbeza dimana saya telah mempunyai pekerjaan dan dihormati."

Guru kecil mengajar di sekolah India

Tumbesaran Azad mula terhenti ketika berusia lima tahun. Ketika itu, ibu bapanya tidak mampu menanggung kos pembiayaan suntikan hormon ke atasnya. Azad sering dibuli ketika di sekolah malah ada yang mengusiknya dengan mengatakan dia akan di culik sarkis sehinggakan dia tidak berani untuk keluar. Ketika berusia 18 tahun, Azad dimalukan apabila pegawai perkhidmatan kereta api menyangkakan bahawa dia seorang bayi. "Kejadian buli telah menyebabkan saya berusaha keras untuk mencapai matlamat saya."

Guru kecil mengajar di sekolah India

Azad mempunyai seorang adik perempuan Laxmi, 19, yang turut mengalami nasib yang sama manakala seorang lagi adik perempuannya Suman, 15, mempunyai fizikal yang normal dan kini bersekolah menengah di Gurgaon, Badshahpur.

Guru kecil mengajar di sekolah India

Suman yang sering menumpangkan Azad ke sekolah dengan menaiki skuter berkata, "Dia membuatkan saya berasa bangga." Ibunya Parvati, 52, turut berkata, "Dia akhirnya menemui kebahagiaan."

Guru kecil mengajar di sekolah India

Bergambar dengan kepala ibu yang dikerat

New York: Foto mengerikan menunjukkan seorang lelaki dari Bronx yang dituduh membunuh dan mengerat tubuh ibunya sambil tersenyum dan mempamerkan kepala si mati didedahkan di akhbar semalam.

Bahsid McLean, 23, bergaya di depan cermin bilik air memegang kepala ibunya, Tanya Byrd yang masih berlumuran darah, seperti trofi, dan menggunakan telefon bimbitnya untuk mengambil gambar mengerikan itu sebagai kenang-kenangan.

Bergambar dengan kepala ibu yang dikerat

Gambar itu disiarkan akhbar New York Post, semalam. McLean dituduh membunuh Tanya, 45, selepas satu pertengkaran di mana si ibu memberitahu anak lelakinya itu agar menjadi matang dan berpindah keluar dari apartmen mereka. Menurut polis, foto mengejutkan itu hanya satu daripada beberapa imej yang ditemui dalam telefon bimbit McLean. Polis berkata, selepas McLean menikam ibunya, dia mengerat tubuh mangsa dengan gergaji.

Dia dan rakannya kemudian memasukkan bahagian tubuh mangsa ke dalam tiga beg sampah, sesetengahnya dizip dalam bagasi dan dibuang sekurang-kurangnya di empat lokasi di Morrisania.

McLean yang tampil di mahkamah Jumaat lalu untuk menghadapi pertuduhan, mendakwa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dengan memakai beg plastik sampah berwarna hitam ke mahkamah kerana kerap terkencing, dia ditahan bagi mengelak membunuh diri selepas serangan mengerikan terhadap ibunya awal minggu lalu. Lelaki menghidap sakit mental itu memberitahu hakim dia cuba membantu ibunya yang sakit.

Ketika kemunculan di mahkamah, McLean melakukan beberapa aksi ganas dan dia ditahan tanpa ikat jamin.

“Dia benar-benar sakit,” kata sumber polis kepada New York Post.

“Ia tindakan yang menakutkan. Lelaki terbabit memang betul-betul sakit mental kerana melakukan perbuatan kejam itu.” Gambar mengerikan itu ditemui polis dalam telefon bimbitnya dan pengakuan awalnya mendorong kepada tuduhan membunuh Rabu lalu. 

sumber- Agensi

Kaki putus dilanggar kereta api

Seorang lelaki berusia 50-an kehilangan kakinya pada Jumaat lalu setelah dia duduk di platform stesen kereta api bawah tanah dengan kakinya terjuntai ke laluan tren.

Kaki putus dilanggar kereta api

Saksi berkata, mangsa yang tidak dikenali telah membongkok berdekatan sebuah platform perhentian 145th St./Broadway pada pukul 8.19 malam.

Pasukan paramedik mengejarkan mangsa yang cedera parah ke Hospital St. Luke. Lelaki ini adalah individu ke 10 yang tercedera atau terbunuh akibat rempuhan tren dalam masa dua minggu lepas.

Kaki putus dilanggar kereta api

Kecederaan terbaru yang serius berlaku pada Isnin lalu dimana dua individu telah terselamat dalam cubaan membunuh diri dengan melompat di hadapan tren.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...