Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, March 11, 2013

Cara doktor gigi menceriakan pesakit

Ramai yang takut untuk berjumpa dengan doktor gigi kerana perkakasan yang digunakan di klinik pergigian kelihatan tidak ubah seperti di bilik pembedahan. Tidak hairanlah jika ramai yang terketar walaupun belum sempat untuk duduk di atas kerusi yang disediakan.

Ada juga pesakit yang trauma terasa seperti bakal dijadikan bahan eksperimen. Tambahan pula, doktor dan jururawat di situ kelihatan garang walaupun mereka sedang memakai topeng penutup muka. Semuanya disebabkan perasaan kita sendiri dan sebenarnya tiada apa yang perlu ditakutkan.

Mungkin langkah-langkah yang diambil oleh doktor di dalam gambar ini sedikit sebanyak dapat menceriakan pesakit. Agak mencuit hati. Jangan pula ada pesakit yang tertelan gigi sendiri ketika diberi rawatan.

Cara doktor gigi menceriakan pesakit

Lelaki rancang terbang merentasi Atlantik dengan menggunakan belon

Seorang juruterbang, Jonathan Trappe mengambil keputusan untuk terbang merentasi Atlantik dengan menggunakan bot penyelamat yang digantung pada 365 belon gas helium ketika musim panas nanti.

Lelaki rancang terbang merentasi Atlantik dengan menggunakan belon

Jonathan, 38, akan terapung di udara dengan ketinggian kira-kira bangunan sepuluh tingkat hinggalah mencecah 25,000 kaki. Ianya diinspirasikan seperti mana yang dilakukan oleh Carl Fredricksen dari filem animasi Pixar, Up.

Lelaki rancang terbang merentasi Atlantik dengan menggunakan belon

Jonathan berkata, bot keselamatan ini akan terbang dari Maine, Amerika Syarikat, ke Paris, "Saya memerlukan sesuatu yang terapung dan mampu menyelamatkan nyawa, jadi saya akan mengikut laluan laut."

Sunday, March 10, 2013

Kepala lelaki tertusuk pemutar skru

Seorang lelaki Poland ditembusi besi pemutar skru pada dahinya. Namun ianya hanyalah disedari setelah lelaki tersebut memandang cermin pada kenderaannya.

gambar ngeri

Ketika kejadian, lelaki berusia 25 tahun ini sedang melakukan kerja-kerja berkebun. Entah bagaimana, dia hilang keseimbangan dan terjatuh pada perkakasan yang digunakan. Namun begitu, dia hanya menyedarinya setelah melihat diri sendiri pada cermin.

gambar ngeri

Walaupun amat menyakitkan, lelaki yang tidak dinamakan ini langsung tidak menjerit. Dia cuba menenangkan diri dengan menghisap rokok sebelum meminta pertolongan jirannya untuk menghantarkannya ke hospital.

gambar ngeri

"Saya tidak ingat apakah sebenarnya yang berlaku. Yang pasti, saya sedang melakukan kerja-kerja berkebun sebelum tergelincir dan jatuh," kata lelaki yang mahu dirahsiakan identitinya.

"Perkara lain yang yang saya ingat ialah tangan saya sakit dan terdapat benda pelik melekat berdekatan mata saya."

Pemutar skru tersebut telah menembusi dahinya sepanjang 5cm. Mujurlah ianya tersasar dari mengenai otak.

gambar x-ray

Pembedahan selama 3 jam terpaksa dilakukan di Hospital Universiti yang terletak di Bialystok bagi mengeluarkan pemutar skru tersebut. Akhirnya lelaki ini berjaya diselamatkan dan telah pun beransur pulih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...