Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, July 11, 2012

Ayam dirogol sehingga mati oleh tiga pengamal ilmu hitam

Tiga lelaki di Kapiri Mposhi, sebuah daerah di Zambia didakwa telah 'merogol' seekor ayam sehingga ia mati dan ia disyaki berkaitan dengan hal ilmu sihir. Ketiga-tiga lelaki itu masing-masing berusia 80, 66 dan 35 tahun.


Loveness Chimbuleni, ketua kampung (headwomen) mengesahkan kejadian itu. Chimbuleni berkata ketiga-tiga lelaki itu ditemui dengan ayam yang mati di dalam sebuah bilik tempat mereka melakukan 'projek' sambil mendera ayam itu. Ayam yang mati ditemui dengan rongga luka dan terdapat air mani pada bahagian dubur ayam itu.



"Kami telah melaporkan mereka kepada polis agar mereka ditangkap kerana perbuatan mereka satu kehinaan di mata Tuhan dan satu tindakan memalukan pada manusia. Ini bukanlah kali pertama kes sebegini berlaku dan sebab utamanya mungkin berkaitan dengan amalan ilmu sihir," Kata Chimbuleni.

sumber- jennykaleyn.blogspot

Filem Osombie permainkan arwah Osama bin Laden

Osombie - The Axis of Evil Dead

Kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden telah dipermainkan sebuah syarikat penerbitan tidak bertanggungjawab di Utah selepas mereka menerbitkan filem zombi (mayat berjalan) menggunakan watak beliau.

Filem berjudul Osombie: The Axis of Evil Dead itu memaparkan pertempuran antara Unit Angkatan Khas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kumpulan militan zombi di kawasan gurun diketuai oleh Osama yang kononnya bangkit dari kematiannya.

Pengarah eksekutif, Kynan Griffin berkata, skrip tersebut telah dihasilkan sebelum Osama dibunuh pada Mei lalu.

Osombie - The Axis of Evil Dead

Ia turut menggunakan tagline 'Bin Laden Will Die Again' (Osama akan mati sekali lagi) yang dianggap biadab dan dilihat bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.

Sementara itu, sebuah lagi filem kontroversi arahan Kathryn Bigelow yang berkisar mengenai operasi memburu Osama juga akan diterbitkan walaupun menerima kritikan banyak pihak kerana ia secara terang mendedahkan misi rahsia Agensi Penyiasatan Pusat (CIA).




sumber- Sinar

Imej kucing pada duit kertas 100 Yuan China

Kartun kucing pada duit kertas 100 Yuan China

Internet Cina diriuhkan dengan tiga kartun kucing pada wang kertas 100 Yuan (RM48.10). Awal minggu ini, laporan dalam talian berkata terdapat reka bentuk tiga kartun kucing pada duit kertas 100 Yuan sebelah potret Pengerusi Mao Zedong.

China telah menerbitkan lima siri RMB sejak tahun 1948. RMB yang digunakan sekarang merangkumi denominasi sehingga 100 Yuan, telah mula digunakan pada tahun 1999.

Jika dipusingkan 100 yuan kepada 90 darjah, akan didapati cetakan seperti kucing di sebelah potret Mao Zedong.



Laporan dalam talian itu telah mendakwa terdapat tiga kartun kucing pada duit 100 yuan, tetapi bank pusat China menafikannya dan mengatakan cetakan itu berdasarkan lacquerware purba.

Menurut bank itu, corak tersebut berdasarkan lacquerware di zaman perang (475 - 221 SM). Tetapi maksud cetakan itu masih tidak jelas.

sumber- Unikversiti.blogspot, China Daily, ANN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...