Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, July 29, 2012

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

Eksekutif wanita TV9 ditemui mati

PETALING JAYA - Seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, pada kira-kira 7 malam.

"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu dan buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

gambar kenangan Syaleza Jaffar, eksekutif tv9
gambar kenangan Syaleza Jaffar, eksekutif tv9 bersama anaknya
Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

"Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Status BB milik Syaleza sebelum ditemui meninggal dunia.
Status BB milik Syaleza sebelum ditemui meninggal dunia.
Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.

sumber- Bernama
Lagi Berita Susulan Terbaru

Hantu Lembaga Hitam Pada Malam Jumaat

aksi awek uitm merakam gambar sendiri

Keasyikan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri menggunakan telefon bimbit rupa-rupanya meninggalkan igauan yang berpanjangan.

GAMBAR yang dirakam sendiri oleh Safura di rumah datuknya di Mersing ini jelas menunjukkan kemunculan imej lembaga hitam di belakangnya.

Manakan tidak, akibat perbuatan itu, Safura Zakaria, 19, turut terakam imej aneh seperti wanita tanpa wajah dengan pakaian serba hitam di rumah datuknya di Kampung Pengkalan Batu di sini pada malam Jumaat, 30 Disember lalu.

Sebaik merakam tujuh keping gambarnya sendiri di hadapan cermin pada pada pukul 8.29 malam itu, dia terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing tanpa melihat rakaman yang telah dibuat.

“Apabila balik ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali kesemua tujuh keping gambar itu.

“Namun, ada sekeping gambar itu mengejutkan kami sekeluarga apabila terdapat seperti objek hitam di belakang saya,” katanya.

'Manusia Zirafah'. Suku kaum berleher panjang

suku leher panjang

Kaum wanita dari suku Paudan di pedalaman Thailand, mempunyai keunikannya tersendiri. Seawal usia 5 tahun, mereka akan dipakaikan gelang tembaga pada leher. Gelang tersebut akan di tambah secara berperingkat sehingga leher mereka memanjang seperti zirafah. Dikatakan berat bagi gelang yang dipakai adalah melebihi 5kg. Berat dari logam inilah yang menekan antara bahu dan leher kebawah manakala kepala pula dipaksa untuk naik ke atas. Kebiasaannya, wanita dewasa dari suku Paudan mempunyai leher sepanjang 20cm atau lebih. Bagi kaum tersebut, semakin panjang leher seseorang maka semakin cantik dia dipandangan umum. Ada juga versi yang mengatakan bahawa gelang tersebut tidak boleh dibuka secara terus kerana dikhuatiri mengundang semangat jahat.

suku leher panjang
suku leher panjang
suku leher panjang
suku leher panjang
manusia zirafah
suku leher panjang
suku leher panjang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...