Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, August 10, 2012

Kampung wanita berambut panjang pertama di dunia

Perkampungan kaum Red Yao telah dinobatkan sebagai kampung wanita berambut panjang pertama di dunia. Kampung Huangluo Yao ini terletak di Utara Guilin, China. Nama kaum Red Yao adalah bersempena tradisi mereka memakai baju merah setiap hari. Lebih 100 wanita berambut panjang dikatakan berada di sini. Purata kepanjangan rambut mereka adalah 5.5 kaki dan rambut paling panjang mencecah 6.8 kaki.

Red Yao
Red Yao
Red Yao
Red Yao
Red Yao

Hantu nenek yang telah meninggal dunia berada di dalam gambar

Hantu nenek yang telah meninggal dunia berada dalam gambar

Seorang gadis dari Amerika Syarikat secara tidak sengaja menemui wajah neneknya di dalam foto ketika mengambil gambar anak saudaranya  dengan menggunakan kamera handphone pada Ogos 2009.

Neneknya telah  meninggal dunia pada tahun 1990. Gambar itu telah diuji kebenarannya dan terbukti tidak ada kepalsuan dalam gambar tersebut. Tiada sesiapa yang boleh menjelaskan bagaimana wajah neneknya muncul dalam gambar itu.

Masjid Ais Pertama Di Dunia

Gereja ais pertama di dunia
Gereja ais yang telah dibina sebelum ini
Sebuah masjid yang diperbuat daripada ais akan dibina berhampiran Ice Hotel, Jukkasjarvi, utara Sweden. Menurut perancangan, kedudukan masjid tersebut akan dibina berdekatan dengan bangunan gereja ais yang telah dibangunkan sebelum ini.

Ketua CEO Ice Hotel, Yngve Bergqvist, mengatakan perancangan pembangunan masjid ais wujud daripada kebebasan beragama di Jukkasjarvi.

“Pembangunan gereja ais telah menarik minat pengunjung untuk datang. Malah 150 pasangan memutuskan untuk berkahwin di gereja ini,” katanya seperti dipetik dalam thelocal.com.

Bergqvist akan memastikan pembangunan masjid bukan semata-mata untuk kepentingan komersil melainkan untuk meningkatkan penyampaian maklumat mengenai Islam. “Pengunjung bakal datang dari pelbagai negara. Kami fikir lebih baik jika dapat membangunkan masjid setelah pembinaan gereja  dilakukansebelum ini,” katanya.

Bergqvist mengharapkan bagunan masjid ais ini akan siap sepenuhnya tahun ini.

Imam Mahmoud Aldebe berharap pembinaan masjid ais dapat memberikan kesan berupa pemahaman yang sebenar mengenai Islam. Kerana, sebahagian pengetahuan masyarakat Sweden mengenai Islam terlalu sedikit. “Idea ini tidaklah terlalu kontroversi. Harapannya, tentu memudahkan kami (komuniti Muslim) untuk berdialog dengan masyarakat Sweden,” katanya.

Aldebe mengatakan tiada masalah mengenai kedudukan masjid berada berhampiran dengan gereja. Baginya, dengan kedudukan masjid berhampiran gereja akan memudahkan dialog antara budaya dan agama. “Mungkin imam yang bertugas akan memberitahu kepada tetamu mengenai Islam." katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...