Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, August 14, 2012

Romney ikrar kembalikan kegagahan negara AS

ROMNEY berucap pada satu majlis kempen di Institut Teknikal NASCAR di Mooresville kelmarin.
ROMNEY berucap pada satu majlis kempen di Institut Teknikal NASCAR di Mooresville kelmarin.
WAUKESHA - Calon Parti Republikan, Mitt Romney kelmarin berikrar akan mengembalikan kegagahan Amerika Syarikat (AS) dan mengelakkan negara berkenaan daripada ditimpa 'bencana fiskal' ketika kempen beliau pada pilihan raya Presiden kali ini ditentang hebat oleh parti Demokrat.

Ketika kempen politik kini bertambah rancak, beberapa penyokong Presiden Barack Obama menyelar Romney dan regunya, Paul Ryan sebagai cuba menghapuskan keistimewaan yang dinikmati rakyat seperti insurans kesihatan awam dan pencen warga emas.

Kritikan tersebut dilemparkan dalam satu program bual bicara AS kelmarin.

Namun, pada masa yang sama, Romney dan Ryan berusaha menampilkan diri mereka sebagai penyelamat ekonomi AS yang kini dibebani kadar pengangguran yang tinggi.

"Saya mempunyai berita baik untuk anda. Negara ini akan bangkit kembali," kata Romney sambil diperhatikan oleh Ryan semasa berucap pada perhimpunan di fasiliti perlumbaan kereta NASCAR di negeri Carolina Utara.

Dalam ucapannya, Romney mengecam Obama kerana didakwa menjadikan negara AS 'semakin menyerupai Eropah,' yang dibebani 'kadar pengangguran tinggi, kadar gaji yang rendah'.

Ryan pula cuba menyuarakan perbezaan dasar parti Republikan berbanding pasukan kempen Obama ketika beliau berucap di hadapan sekitar 1,700 penyokong di dalam bangunan berkenaan dengan 4,000 orang lagi berada di luar.

"Kita boleh menyatakan sama ada kita adalah sebuah negara yang penuh dengan hutang, kesedihan dan kadar pengangguran tinggi yang mana kita memberikan masa depan yang kelam kepada anak-anak kita atau kita boleh merubah semua ini (dengan mengundi Parti Republikan) dan membantu negara ini kembali ke landasan betul," katanya.

Dalam pada itu, parti Demokrat melancarkan serangan balas dengan mendakwa pemilihan Ryan sebagai regu Romney untuk jawatan Naib Presiden AS pada pilihan raya kali ini sebagai bukti bahawa parti Republikan mahu menghapuskan program komuniti seperti Medicare dan pelan insurans perubatan bagi warga emas di AS.

"Beliau merupakan arkitek yang merancang untuk menamatkan Medicare seperti kita semua tahu dan meletakkan kos perubatan berjumlah ribuan dolar pada bahu warga emas," kata penasihat kanan kempen Obama, David Axelrod. 

sumber- AFP

Bahana Letak Laptop Atas Katil

Bahana Letak Laptop Atas Katil

Sepasang suami isteri telah kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka sendiri. Mangsa baru sahaja berkelulusan akademik MBA dari University of Wisconsin-Madison.

Pada hari kejadian, mangsa telah makan tengah hari bersama ayahnya sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke asrama bagi melakukan pembersihan. Ayahnya menyuruh untuk tunggu seketika sehingga ibunya pulang dari kerja. Dia kemudiannya melelapkan mata di biliknya sementara menunggu ibunya.

Beberapa lama kemudian, asap hitam mula menyelubungi rumah mereka. Jiran-jiran yang terlihat kejadian tersebut segera menghubungi talian kecemasan 911.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang didiami mereka selama lebih tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari bagi melakukan siasatan penuh. Hasilnya mereka mengenal pasti kebakaran tersebut berpunca dari komputer riba yang diletakkan di atas katil. Kipas komputer tersebut mungkin tidak mendapat pengudaraan yang baik lalu menjadikan ia memanas hingga terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu asap karbon monoksida.

Restoran McDonald’s Pertama Di Malaysia

Restoran makanan segera yang terkenal di seluruh dunia, McDonald’s, telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd.


Sempena hari pembukaan yang bersejarah itu, restoran McDonald’s Bukit Bintang telah menghadiahkan pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!

Selain Big Mac, restoran McDonald’s Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie, Milkshake dan lain-lain lagi.

Berdasarkan sambutan yang menggalakkan terhadap restoran McDonald’s yang pertama itu, menjelang hujung tahun yang sama, restoran McDonald’s yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Nota tambahan:
1. Menurut buku Rojak Fakta Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada 1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.

2. Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A & W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 1973.

sumber- Arkibnegara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...