Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, September 30, 2012

Bukti Gopinath sendiri membuat penghinaan terhadap Islam

Gopinath hina Islam

Beberapa bukti dikemukakan bahawa status yang ditulis oleh Gopinath dilakukan sendiri dan bukannya dilakukan oleh penggodam. Secara logiknya, seorang berkelulusan pengajian tinggi tidak akan membuat perkara bodoh dengan menyimpan password di tempat seperti cyber cafe dan juga perpustakaan. Kenyataan permohonan maafnya di facebook juga bercanggah dimana Gopi memaklumkan kepada polis laptopnya hilang sedangkan di status permohonan maaf tidak tertulis mengenai itu. Lebih mengejutkan, Gopi sendiri telah like page anti Islam beberapa bulan sebelum didakwa akaunnya dihack dan turut share status page tersebut. Jika like pages tersebut juga dilakukan oleh penggodam, persoalannya berapa kali akaun Gopi digodam dalam masa setahun? Dimohon agar pihak berkuasa terus membuat penyiasatan terperinci bagi menentukan dia bersalah atau tidak.

Gopinath hina Islam

Amah penggal anak majikan

Amah penggal anak majikan di Yanbu
wajah suspek dan juga mangsa
YANBU: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang memenggal kanak-kanak berusia empat tahun dengan pencincang dirujuk ke Hospital Sakit Jiwa Madinah, semalam.

Pakar jiwa di daerah ini membuat keputusan itu selepas memeriksa suspek.

Polis yang menahan suspek di rumah majikannya selepas menemui mayat kanak-kanak yang dikenali sebagai Tala, menghantar pembantu rumah berkenaan ke hospital selepas dia cuba membunuh diri dengan meminum peluntur.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan tetapi dikatakan masih trauma dengan pembunuhan anaknya. Dia pengsan selepas melihat mayat anak bongsunya dengan kepala terkulai di atas katil selepas pulang daripada mengajar.

Si ibu, guru yang mengajar di sebuah sekolah di Yanbu, Bandar Pelabuhan Laut Merah dalam wilayah Madinah di barat Arab Saudi, tidak sangka melihat anaknya kali terakhir sebelum meninggalkan rumah untuk mengajar pada hari kejadian. Dia dikatakan mempercayai pembantu rumah itu dan melayaninya dengan baik.

Amah dari Indonesia itu yang namanya tidak disiarkan media Arab Saudi sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak tujuh tahun lalu dan dikatakan cekap dalam melakukan kerja rumah.

“Tingkah laku dan sikapnya amat memuaskan dan dipuji oleh sanak saudara, rakan serta jiran majikan. Dia sepatutnya pulang ke Indonesia minggu depan,” kata anak saudara mangsa.

Polis berkata,pembunuhan kanak-kanak itu terbongkar apabila ibu mangsa bersama anaknya yang lain. Bagaimanapun, mereka tidak dapat membuka pintu yang diselak dari dalam. Pembantu rumah itu enggan membuka pintu selepas diminta oleh majikannya, sebaliknya mengancam membunuh si anak yang di bawah jagaannya.

Ibu mangsa yang ketakutan menelefon suaminya. Si suami kemudian melaporkan kepada polis sebelum bergegas pulang.

Polis yang memecahkan pintu rumah berkenaan, menemui amah itu, duduk menonton televisyen. Tetapi anak sulung keluarga itu, Yara, meluru ke kamar tidur dan melihat mayat adiknya berlumuran darah dengan kepala terkulai.

Akhbar Al-Madinah memetik seorang anggota keluarga mangsa sebagai berkata, pembantu rumah itu kelihatan marah dan kecewa selepas menerima mesej menerusi sistem khidmat pesanan ringkas pada telefon bimbitnya, sehari sebelum kejadian.

sumber- SG

Skandal gambar Kate berterusan

gambar bogel Kate Middleton
ANTARA gambar Kate yang disiarkan Se og Hør.
LONDON: Hanya dua minggu lalu, dunia dikejutkan dengan penyebaran gambar separuh bogel isteri Putera William, Kate Middleton oleh majalah Perancis.

Semalam, majalah gosip Denmark, Se og Hør menyiarkan lebih banyak gambar yang memalukan bakal Permaisuri Britain berkenaan yang dirakam oleh paparazi ketika pasangan terbabit bercuti di Provence, Perancis.

Tetapi kali ini, ia lebih teruk, gambar yang disiarkan termasuk menunjukkan Kate tanpa seluar dalam.

Gambar itu disiarkan majalah terbabit selepas ia mengiklankan janji untuk menunjukkan isteri William berbogel sepenuhnya minggu lalu.

Pengarang Se og Hør, Kim Henningsen memberitahu Belfast Telegraph sebelum ini: “Ia gambar unik seorang selebriti Kelas-A. Kami adalah majalah gossip paling unggul di Denmark dan sudah menjadi tugas saya untuk menyiarkannya.

“Jika keluarga diraja Britain ingin menyaman, kami terima dan kami akan menanganinya.”

Majalah Perancis, Closer yang mula menyiarkan gambar separuh bogel Kate sudah menerima arahan mahkamah supaya tidak menyiarkannya lagi.

Malah, tiga hakim Perancis mengarahkan majalah itu menyerahkan setiap salinan digital gambar itu serta diarah membayar kos perundangan.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan keputusan itu sebagai kemenangan tidak bermakna untuk William dan Kate kerana ketika itu, lebih 500,000 naskhah majalah itu sudahpun terjual.

Tambahan pula, keputusan itu hanya membabitkan Closer. 

Dalam pada itu, majalah gosip Amerika Syarikat, Gawker, semalam turut menyiarkan gambar seperti yang terkandung dalam Se og Hør. 

sumber- DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...