Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, October 6, 2012

Penunjuk perasaan bantah promosi amalan gugur janin

bayi yang digugurkan

SMIR (Maghribi): Penunjuk perasaan yang menyasarkan seorang aktivis menyokong amalan menggugurkan janin Belanda bergelut dengan polis semalam, ketika sebuah kapal mempromosikan aktiviti itu, Women on Waves, dijangka berlabuh.

Penunjuk perasaan terbabit - sesetengahnya kumpulan konservatif Islam - membawa poster memaparkan gambar janin berdarah sambil melaungkan kecaman terhadap Rebecca Gomperts di bandar pelabuhan Smir.

Ketika mereka cuba mendekati aktivis itu, polis menolak mereka supaya berundur, manakala Rebecca diiring pihak berkuasa bagi melindunginya. Rebecca berada di Smir untuk menyambut Women on Waves yang menyediakan maklumat mengenai amalan pengguguran janin.

Sejurus sebelum kapal itu tiba, pihak berkuasa menutup pelabuhan berkenaan.

Jurucakap pelabuhan berkata, ia ditutup bagi membolehkan “aktiviti ketenteraan” dijalankan, tetapi tiada sebarang penjelasan lanjut diberi.

Sebuah kapal dan bot angin tentera dilihat meronda di pelabuhan yang dipenuhi kapal layar riadah itu. Women on Waves cuba berlabuh untuk kali pertama di negara Islam selepas dijemput sebuah pertubuhan hak asasi wanita Maghribi yang berjuang untuk menghalalkan amalan itu di negara berkenaan. 

Kerajaan pula berkata, Women on Waves tidak dibenarkan berlabuh di Maghribi. Aktivis berkata, kira-kira 600 hingga 800 kes pengguguran haram berlaku setiap hari di Maghribi dengan hanya 250 daripadanya dilakukan pengamal berlesen.

Diasaskan pada 1999, pertubuhan Women on Waves aktif menyebarkan maklumat mengenai pengguguran selamat melalui ubat-ubatan. 

sumber- AN

2 warga Afrika tawar wang palsu ditahan

wang palsu

DUBAI: Unit Antijenayah Ekonomi Polis Dubai menahan dua lelaki Afrika yang cuba menipu seorang penduduk tempatan kononnya mereka boleh menghasilkan wang bernilai AS$2.5 juta (RM7.6 juta), semalam.

Pengarah unit itu, Salah Bu Osaiba, berkata mereka mendapat maklumat mengenai aktiviti suspek itu yang menawarkan dolar Amerika Syarikat (AS) menggunakan sejenis cat hitam serta sebuk khas. “Kami memasang perangkap dan menghantar seorang polis untuk menyamar sebagai pelanggan.

“Suspek bertemu dengan polis terbabit di sebuah pusat membeli-belah dan menunjukkan bagaimana mereka menghasilkan wang bernilai AS$200 (RM610) Mereka kemudian mempelawa polis itu pergi ke pusat pengurup wang bagi membuktikan wang itu asli,” katanya. Akhirnya, kata Salah, mereka pergi ke sebuah hotel untuk membuat perjanjian sebelum polis bertindak menyerbu suspek,” katanya. Polis kemudian menemui wang bernilai AS$600 (RM1,832) yang dicat hitam serta sejumlah beg plastik berisi serbuh putih di bilik suspek terbabit. 

sumber- GN

Pelajar menengah sasaran syarikat rokok

gambar puntung rokok

JEDDAH: Dianggarkan 15 peratus daripada remaja Arab Saudi merokok selepas syarikat tembakau menyasarkan pasaran mereka kepada pelajar sekolah menengah negara itu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Antirokok, Sulaiman Alsabi, berkata strategi syarikat tembakau itu menyebabkan kempen “Sebelum Dia Merokok” dilancarkan pertubuhan itu.

Katanya, mereka menjalankan kajian di beberapa sekolah di Riyadh bagi mengetahui bagaimana syarikat tembakau mempengaruhi pelajar. “Penyelidik mencadangkan kempen antirokok disasarkan kepada pelajar sekolah menengah,” katanya.

Menurut Sulaiman, sangat penting mendidik pelajar mengenai bahaya rokok supaya mereka sedar kesan langsung daripada amalan itu, seperti kanser dan masalah jantung. “Kira-kira 90 peratus penagih dadah merokok ketika remaja,” katanya. 

sumber- GN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...