Saturday, October 6, 2012

Penunjuk perasaan bantah promosi amalan gugur janin

bayi yang digugurkan

SMIR (Maghribi): Penunjuk perasaan yang menyasarkan seorang aktivis menyokong amalan menggugurkan janin Belanda bergelut dengan polis semalam, ketika sebuah kapal mempromosikan aktiviti itu, Women on Waves, dijangka berlabuh.

Penunjuk perasaan terbabit - sesetengahnya kumpulan konservatif Islam - membawa poster memaparkan gambar janin berdarah sambil melaungkan kecaman terhadap Rebecca Gomperts di bandar pelabuhan Smir.

Ketika mereka cuba mendekati aktivis itu, polis menolak mereka supaya berundur, manakala Rebecca diiring pihak berkuasa bagi melindunginya. Rebecca berada di Smir untuk menyambut Women on Waves yang menyediakan maklumat mengenai amalan pengguguran janin.

Sejurus sebelum kapal itu tiba, pihak berkuasa menutup pelabuhan berkenaan.

Jurucakap pelabuhan berkata, ia ditutup bagi membolehkan “aktiviti ketenteraan” dijalankan, tetapi tiada sebarang penjelasan lanjut diberi.

Sebuah kapal dan bot angin tentera dilihat meronda di pelabuhan yang dipenuhi kapal layar riadah itu. Women on Waves cuba berlabuh untuk kali pertama di negara Islam selepas dijemput sebuah pertubuhan hak asasi wanita Maghribi yang berjuang untuk menghalalkan amalan itu di negara berkenaan. 

Kerajaan pula berkata, Women on Waves tidak dibenarkan berlabuh di Maghribi. Aktivis berkata, kira-kira 600 hingga 800 kes pengguguran haram berlaku setiap hari di Maghribi dengan hanya 250 daripadanya dilakukan pengamal berlesen.

Diasaskan pada 1999, pertubuhan Women on Waves aktif menyebarkan maklumat mengenai pengguguran selamat melalui ubat-ubatan. 

sumber- AN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...