Oswald Heinrich Duvel |
BANGKOK: Polis menahan seorang wanita yang disyaki berkomplot dengan ibu dan abang tirinya dalam pembunuhan suaminya yang berasal dari Afrika Selatan, di daerah Keang Doi, wilayah Saraburi.
Kacharin Duvel dan abang tirinya,Surasith Pacchathepmonkol, didakwa membunuh Oswald Heinrich Duvel, 50, seorang warga Afrika Selatan yang dilaporkan bekerja sebagai pengurus di syarikat senireka.
Polis menemui mayat Duvel yang bogel di tepi jalan pada 30 September lalu. Mangsa ditembak melalui mulut.
Pada mulanya, Kacharin dan keluarganya menafikan mengetahui mengenai pembunuhan itu, kata polis.
Polis mendapat tahu pasangan itu masing-masing cuba mendapatkan hak penjagaan ke atas anak mereka yang berusia tiga tahun di mahkamah.
Kereta mangsa ditemui ditinggalkan di tepi jalan dan polis menemui bukti yang mengaitkan pembunuhan itu dengan isteri dan abang tiri suspek.
Menurut polis, mereka disoal siasat sekali lagi dan akhirnya mengaku membunuh Duvel.
Polis berkata, Kacharin mengaku menarik perhatian Duvel dengan menawarkan kepada mangsa peluang menemui anak mereka dan kemudian membunuhnya.
Abang tirinya yang menembak mangsa, kata polis.
Kacharin merancang pembunuhan itu dengan ibu dan abang tirinya.
Suspek memberitahu polis dia ditipu untuk mengahwini Duvel supaya suaminya itu dapat bekerja di Thailand.
Mereka kemudian berpisah, tetapi apabila anak mereka semakin membesar, Duvel dikatakan mahu hak penjagaan terhadap anak mereka.
Kacharin berkata, dia tidak mahu kehilangan hak penjagaan anak lalu merancang pembunuhan itu.
Kacharin dan abang tirinya, Surasith didakwa membunuh dengan niat, sementara ibunya menjadi saksi dan penjaga anak Kacharin.
sumber- BP
0 comments:
Post a Comment