Saturday, October 6, 2012

186 jemaah tersesat diselamatkan

kejadian sesat di Mekah

MAKKAH: Unit Khidmat Pelanggan Tabung Haji ‘menyelamatkan’ 186 jemaah haji Malaysia yang tersesat selepas menunaikan ibadat di Masjidil Haram.

Pengurus Unit Khidmat Pelanggan Tabung Haji, Rahmat Baba berkata, jumlah itu dicatatkan sejak ketibaan kumpulan pertama jemaah di Makkah pada 26 September lalu sehingga 2 Oktober.

“Jemaah yang tersesat itu kebiasaannya mereka yang baru sampai ke Makkah atau jemaah berusia 60 tahun ke atas, katanya kepada wakil media Malaysia.

“Kiami juga berterima kasih kepada jemaah haji Malaysia yang muda kerana membantu jemaah sudah berusia ini.

“Tabung Haji mempunyai pasukan peronda yang turut bekerjasama dengan pasukan peronda dari India, Indonesia dan negara lain membantu jemaah haji negara masing-masing yang tersesat," katanya.

Katanya, jemaah haji Malaysia mengalami insiden ‘tersesat’ apabila gagal mencari jalan untuk pulang ke hotel penginapan masing-masing.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...