Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, December 28, 2012

Dua maut tertimbus

SUNGAI PETANI – Dua pekerja kontrak maut manakala seorang cedera dalam kejadian tanah runtuh di Ambangan Heights dekat Sungai Lalang di simi ketika sedang melakukan kerja-kerja pemasangan saluran kumbahan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Dua maut tertimbus
Mayat kedua-dua mangsa ditemui tertimbus di lokasi kejadian.
Mangsa, P Morgan, 39, dari Taman Seri Bedong dan S Saravanan, 25, dari Taman Permai Bestari, Sungai Lalang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa dikenali Ng Jun Chuan, dipercayai majikan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

ditimbus tanah runtuh
ANGGOTA bomba mengeluarkan salah satu mayat pekerja kontrak yang maut selepas ditimbus tanah runtuh di Sungai Petani semalam.
Saksi kejadian, Ming Wei Toh, 51, berkata, ketika kejadian, empat pekerja termasuk dirinya sedang melakukan kerja-kerja memasukkan saluran kumbahan ke dalam tanah yang telah dikorek 10 meter. Majikan mereka, Ng Jun Chuan, 45, terselamat tetapi tercedera.

kejadian tanah runtuh Sungai Petani
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail berkata, sepasukan 13 anggota bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian telah mengorek runtuhan tanah itu dan menemui mayat Morgan pada pukul 12.10 tengah hari manakala mayat Saravanan ditemui lebih sejam kemudian.

Ming yang terselamat memberitahu pemberita bahawa tanah di tepi lubang saluran itu runtuh secara tiba-tiba.

"Saya yang berada di tepi tebing menjadi panik apabila runtuhan berlaku. Saya lihat tangan Morgan dan cuba menariknya keluar, namun gagal kerana tanah runtuh membawa dia terus ke bawah. Saya bagaimanapun sempat menarik keluar majikan saya," katanya.

sumber- Sinar

Video: Wanita cedera parah, longkang pembentung meletup

Rakaman dari kamera pengawasan litar tertutup ini menunjukkan longkang pembetung meletup secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku pada 30 November lalu di daerah Chaoyang, China. Letupan kuat telah mengakibatkan kecederaan parah pada seorang wanita yang dipercayai penjaja disitu.

pembentung meletup

Berdasarkan akhbar di Beijing, pegawai berwajib menyatakan punca kejadian mungkin diakibatkan oleh biogas (kemungkinan metana) yang terkumpul dari tangki septik berdekatan. Wanita berusia 24 tahun ini dikejarkan ke Hospital Jishuitan. Kecederaannya amat kritikal terutama pada bahagian wajah. Keluarganya terpaksa membayar 70,000 yuan untuk kos rawatan. Namun ada yang mengatakan kos rawatan sebenar melebihi 100,000 yuan dan keluarganya tidak mampu untuk menanggung kesemua kos tersebut.

Keunikan Keluarga Pelangi

Keluarga Pelangi

LONDON: Sepasang suami isteri menjadi perhatian apabila anak-anak mereka memiliki tiga warna kulit berbeza.

“Keluarga Pelangi” Chris Giddings itu dianggap seperti sekotak coklat dengan gabungan warna gelap, perang dan putih. Ketika anak sulung mereka, Jacob, lahir enam tahun lalu, tiada yang aneh kerana kulitnya berwarna perang.

Keadaan sama turut berlaku ke atas anak kedua, Savannah, yang kini berusia empat tahun.

Bagaimanapun, pasangan dari Colchester, Essex itu terpegun apabila anak ketiga mereka, Amiah, lahir tiga tahun lalu dengan kulit putih dan bermata biru.

Kehairanan mereka bertambah apabila anak keempat, Zion, lahir dengan kulit gelap, bibir tebal dan hidung penyek seperti Giddings, 33, 10 bulan lalu.

Sementara itu, isteri Giddings, Tess, 24, berkata Amiah terlalu putih sehingga ujian DNA dijalankan bagi memastikan pihak hospital tidak tersilap menyerahkan bayi kepada mereka. “Ujian DNA menunjukkan Amiah benar-benar anak kami walaupun warna kulitnya sangat berbeza,” katanya. 

sumber- TS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...