Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, January 16, 2013

Bawa lari mayat ayah dari kubur untuk dihidupkan semula

Seorang lelaki yang kurang waras telah membawa pulang mayat ayahnya dari kubur dengan harapan mayat tersebut dapat dihidupkan semula. Dikatakan ayahnya, Clarence Bright, baru sahaja meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Bawa lari mayat ayah dari kubur untuk dihidupkan semula

Mayat Bright ditemui semula dalam sebuah peti beku yang terdapat di ruang bawah tanah rumah anaknya. Bright dibawa lari bersama kerandanya dari sebuah makan yang terletak di Tanah Perkuburan Gethsemane pada pagi Isnin lalu. Saksi mengatakan ternampak van putih di tempat kejadian sebelum mayat Bright dilaporkan hilang.

Bawa lari mayat ayah dari kubur untuk dihidupkan semula

Polis berjaya menemui van tersebut yang diletakkan di stesen minyak Citgo pada awal pagi tadi. Mereka turut menjumpai keranda yang ditinggalkan kosong. Polis telah menahan anak Bright dan seorang lelaki berusia 38 tahun untuk diambil keterangan. Nama mereka tidak didedahkan buat masa ini.

Bawa lari mayat ayah dari kubur untuk dihidupkan semula

Tidak lama kemudian, polis menggeledah rumah anak Bright dan menemui semula mayatnya disitu. Anaknya yang berusia 48 tahun ada memberitahu ahli keluarganya yang lain untuk membawa mayat Bright pulang dari kubur bagi dihidupkan semula. Majlis pengkebumian Bright telah diadakan pada Sabtu lalu tetapi masih belum ditanam kerana keadaan tanah yang masih lembab.

Bawa lari mayat ayah dari kubur untuk dihidupkan semula

Seksanya pekerja bank apabila mendapat pelanggan sebegini

Gambar yang anda lihat ini bukanlah adegan mengira wang hasil rompakan atau pengubahan wang haram. Sebaliknya gambar ini menunjukkan para pekerja bank sedang bertungkus-lumus menyusun dan mengira timbunan wang kertas yang dihantar oleh seorang pelanggan untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanannya.

bank di China

Pelanggan yang dikenali sebagai Cui tersebut telah mengumpul wang sebanyak hampir 162,000 yuan (kira-kira RM78,646.00) dalam masa enam bulan. Cui dipercayai bekerja sendiri atau mungkin mempunyai sebuah kilang dan wang tersebut datangnya dari para pelanggan. Namun tidak jelas mengapa Cui mengambil masa yang terlalu lama untuk menyimpan wang tersebut ke dalam bank.

kira duit

Sebelum ini dia pernah bertanyakan kepada beberapa bank lain, namun hanya Bank Zhengzhou di wilayah Henan yang bersetuju untuk menerima wang tersebut. Sumber dari China mengatakan ianya mengambil masa kira-kira tiga hari untuk kakitangan bank mengira 11,500 yuan, namun tidak tahu apa yang berlaku pada baki 148,500 yuan lagi.

duit
duit China
kira wang
duit yang disusun

Gambar sebelum insiden disondol badak sumbu

Gambar ini diambil beberapa detik sebelum insiden serangan badak sumbu yang mengakibatkan seorang wanita cedera parah. Pada hari kejadian, Chantal Beyer, 24, bersama teman lelakinya telah melawat sebuah taman safari di Afrika Selatan dan berhenti di suatu kawasan untuk melihat badak sumbu. Berdasarkan laporan, mereka disarankan oleh pengiring mereka, Alex Richter, untuk berdiri lebih dekat bersama haiwan tersebut sebelum disondol dari belakang. Alex dikatakan memberi peluang kepada pelancong untuk keluar dari kenderaan dan bergambar disamping memberi makanan supaya badak-badak tersebut datang dengan lebih dekat.

disondol badak sumbu

Gambar tersebut jelas menunjukkan jarak yang hanya beberapa kaki antara Beyer bersama teman lelakinya dan dua ekor badak sumbu putih. Badak ini dikatakan boleh membesar sehingga dua tan dan mampu berdiri setinggi 1.8 meter. Selepas gambar ini diambil, badak tersebut menyondol dari belakang dan sumbunya menembusi dada Beyer. Akibatnya, paru-paru Beyer tercedera dan tulang rusuknya patah. Dia kemudiannya   dikejarkan ke Hospital Krugersdorp dan kini dalam keadaan stabil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...