Di bawah ini dipaparkan beberapa buah bandar yang tiada penduduk sama sekali kerana pelbagai bencana dan sebab yang lain, sehingga bandar tersebut ditinggalkan. Bandar – Bandar itu kini menjadi tempat yang ngeri dan sering disebut Bandar Hantu atau Bandar Mati.
1. Kolmanskop (Namibia) : Dikubur dalam Pasir.
Kota besar di kawasan yang terasing di Ukraine Utara, merupakan kawasan perumahan para pekerja loji Nuklear Chernobyl. Kawasan ini menjadi bandar mati sejak terjadinya bencana nuklear Chernobyl yang menelan hampir 50 000 jiwa. Setelah bencana itu, lokasi ini dijadikan seperti sebuah muzium, yang menjadi sebahagian dari lipatan sejarah Soviet.
Terletak di daerah Basilicata dan Wilayah Matera sekitar 25 batu dari teluk Taranto. Bandar zaman pertengahan ini mempunyai kawasan yang berbukit – bukit dan hamparan pertanian gandum serta tanaman pertanian lainnya.
Antara tahun 1959 dan 1972 Craco selalu dilanda gempa bumi dan tanah gelongsor . Pada tahun 1963 penduduk sekitar dipindahkan ke suatu lembah dekat Craco . Sehingga sekarang, bandar craco masih tidak berpenghuni
Perkampungan kecil Oradour Sul Glane di Perancis ini mempunyai imej yang sangat mengerikan. Selama perang dunia ke II, 642 penduduk dibunuh oleh tentara Jerman sebagai bentuk balas dendam keatas apa yang dilakuan Perancis waktu itu. Jerman yang waktu itu sebenarnya berniat menyerang daerah di dekat Oradour Sul Glane tetapi rancangan mereka berubah dengan menyerang perkampungan kecil tersebut pada tanggal 10 Jun 1944.
6. Pulau Gunkan Jima (Jepun) : Pernah menjadi populasi terpadat di dunia
Kadykchan merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang hancur semasa runtuhnya Soviet Union. Penduduk Bandar itu keluar dari kota itu dalam jangka waktu 2 minggu, untuk tinggal di kota lain dan berpindah ke rumah baru. Bandar dengan penduduk sekitar 12.000 orang yang rata-rata berkerja sebagai pelombong bijih timah ini meninggalkan rumah mereka dengan segala perabot dan barang – barangan perhiasan rumah mereka.
Bandar besar Kowloon yang terletak di luar Hongkong, China. Dulunya diduduki oleh Jepun selama perang dunia II, yang kemudiannya diambil alih oleh penduduk liar setelah Jepun menyerah kalah. Pemerintahan Inggeris mahu China bertanggung jawab terhadap Bandar ini, kerana Bandar tersebut menjadi Bandar yang tiada beraturan dan tidak taat pada peraturan pemerintah. Populasi yang tidak terkawal, bangunan yang sangat tinggi sehingga cahaya matahari tidak dapat menembusi Bandar itu. Seluruh kota disinari dengan lampu neon dan dipenuhi dengan rumah pelacuran, kasino, dadah dan kilang – kilang rahsia yang tidak diketahui oleh pihak berkuasa. Keadaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1993, apabila pihak berkuasa Inggeris dan China mengambil kembali Bandar itu dan memindahkan penduduk disitu
Varosha adalah sebuah daerah yang tidak diakui oleh Republik Cyprus Utara. Ketika tentera Turki menguasai daerah tersebut pada tahun 1974, mereka menjaga dan memagari daerah tersebut, sesiapa tidak dibenarkan keluar masuk kota tersebut tanpa kebenaran dari tentera Turki dan tentara PBB. Rancangan ini untuk mengembalikan Varosha ke tangan pihak Greece, namun rancangan tersebut tidak pernah dilaksanakan. Hampir selama 34 tahun kota tersebut dibiarkan dan tidak ada pembaikan dilakukan. Perlahan-lahan bangunan dikawasan tersebut hancur, besi mulai berkarat, jendela mulai pecah, dan akar-akar tumbuhan menembusi dinding dan bumbung.
10 . Kota Agdam ( Azerbaijan ): Ditinggal akibat tempias peperangan
Bandar besar Agdam di Azerbaijan adalah salah satu kota besar yang populasi penduduknya mencapai sehingga 150 000 orang. Namun populasi ini kemudiannya hilang pada tahun 1993 sepanjang perang Nagorno Karabakh. Walaupun kota ini tidak menjadi pengkalan bagi peperangan, namun kota ini tetap mengalami kesan dari perang tersebut. Pemberontak Armenia menceroboh dan merosakkan Bandar tersebut. Bangunan-bangunan yang dirosak akhirnya ditinggalkan oleh penghuninya, hanya tinggal masjid-masjid yang masih teguh berdiri. Penduduk Agdam sendiri sudah berpindah ke negara lain seperti Iran.
sumber- Akuislam
byk tmpat yg tak diketahui...ada tmpt nmpk cntik..tp sayang di biarkan kosong
ReplyDeletehttp://misszberceloteh.blogspot.com/
Kalau di Malaysia byk bngunan yg dulunya meriah skrg dah lengang.. contohnya Komtar...
ReplyDeletekat batu pahat pon ada..name bangunan tu wira court..die dlu shopping complex..skrg bgunan tinggal
ReplyDeleteberhantu x?
Delete