Saturday, June 30, 2012

13 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Anda mahu merasai sendiri berada di tempat-tempat yang paling berhantu? Terdapat banyak kawasan yang boleh dikategorikan paling berhantu di Malaysia. Ini mungkin kerana terlalu banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku dikawasan tersebut sehinggakan kawasan tersebut menjadi lokasi yang paling menakutkan kepada orang ramai.

Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah:

1. HIGHLAND TOWER, KUALA LUMPUR

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

HIGHLAND TOWER, suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yang di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.

2. BANGLO MONA FANDEY

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. KEMAYAN CITY, JOHOR BAHRU

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah kompleks membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama. Adalah dipercayai kompleks tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. LEBUHRAYA KARAK

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. VILLA NABILA, JOHOR BAHRU

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia
Susuk misteri yang dikatakan hantu di Villa Nabila
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.

6. AMBER APARTMENT, GENTING HIGHLAND

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

Antara tempat-tempat yang berhantu lain ialah:

7. Simpang-T Georgetown Pulau Pinang 

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School. Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8. Institut St Michael, Ipoh 

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyeksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyeksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar Perak

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Seperti Institut St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengar bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor. Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution, Kuala Lumpur

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di Kuala Lumpur. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam. Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok, Sabah ( Tiada gambar ) - Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut. Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja. Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu

Tempat Paling Berhantu Di Malaysia

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Bentong Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

7 comments:

  1. kat mana2 ada sja unsur2 infiniti ne.. yg hanya Allah swt saja yg berkuasa

    ReplyDelete
  2. Oh.. hantu...... sesuatu yang masih sangat menarik walaupun banyak juga yang ngga percaya.

    ReplyDelete
  3. rumah kite pon berhantu rasenye, hahaha

    ReplyDelete
  4. Wah,,, sepertinya ke 13 tempat tersebut betul2 menyeramkan..

    Terima kasih atas infonya sobat ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi rumah berhantu.. seksyen 2, shah alam

      Delete
    2. byk lagi klu nak disenaraikan... bukit lengkok, Kellie's Castle...

      Delete
  5. Muzium Negri Trengganu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...