Wednesday, July 25, 2012

10 gambar hantu sebenar yang terkenal di Indonesia

1. Hantu siaran azan TransTV

gambar hantu sebenar

TransTv adalah salah satu saluran penyiaran popular di Indonesia. Ketika slot azan di ke udara, terdapat susuk misteri yang telah terakam. Ianya seperti susuk seorang wanita berpakaian putih dan berambut panjang. Lokasinya adalah di sebuah stesen kereta api di Indonesia. Slot azan di TransTV hari ini telah di tukar baru dan rakaman lama ini sudah tidak dapat dilihat.


2. Pontianak Kebun Pisang

gambar hantu sebenar

Tidak pasti gambar ini di ambil sendiri oleh gadis tersebut ataupun orang lain. Gambar ini di ambil di Rumah Kost Kosambi Kebun Pisang, Indonesia pada jam 9.00 pagi waktu tempatan. Dikatakan tempat itu memang banyak hantu. Mungkin selepas ini gambar tersebut sudah trauma untuk mengambil gambar posing sebegitu


3. Bergambar Dengan Jin

gambar hantu sebenar 

Sedang sekumpulan sahabat bergambar, ada pula jin yang tumpang bergambar. Kelihatan susuk tubuhnya adalah besar dan tinggi sedikit dari mereka yang lain. Gambarnya juga sedikit kabur berbanding mereka yang lain.


4. Hantu bola api

[hantu317.jpg]

Hantu bola api ini sememangnya popular di seluruh nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia. Ada yang mengatakan ianya sebahagian dari ilmu hitam dan dari versi lain ianya jin yang berkeliaran dari atas bukit atau dalam hutan. Gambar ini jelas menunjukkan bebola api sedang terbang. Mengikut pemerhatian ramai, tiada sebarang petanda bahawa gambar ini dimanipulasi.


5. Pontianak di luar pagar

gambar hantu sebenar

Gambar ini agak popular dan telah tersebar dalam pelbagai-bagai media. Kelihatan pontianak berada di luar pagar tidak jauh dari tiga sahabat ini. Tidak dapat dipastikan sama ada gambar ini benar atau rekaan semata-mata. Jika ia sekadar manipulasi, sudah pasti ia memerlukan kepakaran yang tinggi kerana dikatakan gambar tersebut diambil menggunakan kamera filem dan bukan digital.


6. Hantu gambar kelas

gambar hantu sebenar

Sedang murid-murid ini bergambar bersama seorang guru, muncul pula rakan sekelas baru yang tidak diketahui identitinya. Rambutnya panjang dan lebat seakan wanita dewasa. Wajahnya pula langsung tidak kelihatan. Terdapat versi yang mengatakan bahwa gadis tersebut adalah bekas pelajar yang mati dalam kelas itu.


7. Pontianak Cyber Cafe

gambar hantu sebenar

Agak memeranjatkan apabila pontianak bukan sahaja muncul di kawasan kampung, tetapi turut muncul di tempat moden seperti cyber cafe. Kemunculannya agak menghairankan dan masih menjadi misteri. Tidak dapat di tafsir dari mana asal usulnya. Mungkin ia mempunyai sesuatu yang bersangkutan dengan tempat tersebut.


8. Pontianak tumpang bergambar

gambar hantu sebenar

Sedang lelaki ini berposing kacak (control macho), datang pula bayang misteri mencelah di situ. Mungkin sudah menjadi trend untuk pontianak tumpang bergambar kerana terdapat versi mengatakan pontianak merasakan diri mereka cantik. Gambar ini di ambil menggunakan kamera hanset.


9. Hantu kebakaran

gambar hantu sebenar

Gambar ini hampir sama seperti gambar hantu di England di mana terdapat susuk tubuh di dalam api yang marak. Agak mustahil untuk manusia biasa  berada di atas bangunan tersebut. Melihat pada gambar tersebut, pasti ada nyawa yang terkorban. Tidak di ketahui sama ada jelmaan itu ada bersangkutan dengan  mangsa kebakaran tersebut.


10. Pocong di bilik tidur

gambar hantu sebenar

Gambar ini adalah di antara gambar hantu terpanas satu ketika dahulu.  Ada yang cuba membuat tafsiran bahawa ianya gambar seorang wanita yang sedang bersolat dan gambar tersebut di ambil ketika wanita itu bergerak laju. Secara tidak langsung gambar menjadi kabur. Tapi bila difikirkan semula, tidak ada telekung yang mempunyai sanggul betul-betul di atas kepala dan badannya kelihatan ketat seperti di ikat.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...