Thursday, July 26, 2012

Robot 'Ibn Sina' mampu bertutur Bahasa Arab

Saintis sedang menyiapkan robot, yang boleh digunakan dalam pusat membeli belah.
Robot berbahasa arab pertama di dunia ini telah direka untuk kegunaan ramai yang akan berada di pusat membeli belah tidak lama lagi.

Ibn Sina, dinamakan bersempena nama tokoh ahli falsafah dan saintis Islam terkenal pada abad ke-11 yang dikenali secara umum sebagai Ibnu Sina atau Avicenna. Robot ini direka bentuk oleh satu pasukan dari Universiti UAE.

"Ia adalah robot pertama yang bertutur bahasa Arab dan boleh berbual." kata Nikolaos Mavridis, penolong profesor sains komputer yang juga merangkap ketua pasukan yang disertai 12 orang ahli ini.

"Robot ini membolehkan kami untuk melakukan penyelidikan dan juga merupakan satu alat bantuan pembelajaran kerana para pelajar boleh melakukan ujikaji terhadapnya."

Kira-kira $US200,000 (RM 685,958) telah dilaburkan untuk pembinaan robot ini.

Mavridis berkata Ibn Sina boleh digunakan sebagai penyambut tetamu, kakitangan jualan atau penolong membeli-belah dalam sesebuah pasaraya.

Ketua saintis Nikolaos Mavridis bersama 'Ibn Sina'
"Terdapat beberapa perkara boleh dilakukan olehnya seperti: menjawab beberapa soalan, disambungkan kepada internet bagi mendapatkan maklumat dan menunjukkan benda-benda pada skrin mengenai apa yang anda perlukan," katanya.

Mavridis juga menyatakan bahawa dia memerlukan masa selama 6 bulan bagi menyiapkan sebuah Ibn Sina dengan bantuan 5 orang pekerja.

"Sekarang kami telah meletakkannya Ibn Sina untuk memberikan perkhidmatan sehari suntuk di Pasaraya Al-Ain," katanya. 

Ibn Sina berperwatakan dengan sehelai jubah berwarna putih, serban dan janggut kelabu seakan gambaran sebenar mengenai Ibnu Sina.

Ia bertutur dalam bahasa Arab klasik dan menjawab sebarang soalan dengan ekspresi muka.

"Ibn Sina mempunyai modul perisian yang membolehkan ia untuk melihat, mengecam wajah atau benda, subsistem untuk berdialog, mentranskripkan ucapan dalam bentuk teks, dan faham untuk membalas balik percakapan seseorang," kata Mavridis.

"Kami juga pernah dihubungi oleh syarikat-syarikat yang berminat mengenai robot ini sama ada untuk perkhidmatan pusat membeli belah atau sebagai penyambut tetamu," ulasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...