Monday, August 13, 2012

Tangan hancur uji 20 mercun bola

NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.
NGERI...keadaan pergelangan tangan kanan Mohd Shahril yang hancur.
KOTA BHARU: Eksperimen tak menjadi. Itulah nasib dua sahabat yang cuba meletupkan 20 biji mercun bola dalam bekas plastik di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), dekat Tunjong, di sini, semalam.

Akibatnya kedua-dua mangsa itu bukan sahaja bertempiaran menyelamatkan diri, sebaliknya menahan kesakitan dengan seorang hancur pergelangan tangan kanan dan rakannya melecur beberapa bahagian badan dan mata kabur.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Mohd Shahril Afendi, 20, dan Mohd Ahmad Ismail, 19, yang juga pekerja kedai buah di kawasan berkenaan baru habis bekerja dan mengisi masa terluang dengan bermain mercun.

Mereka kemudian ke kawasan lapang di belakang kedai dan mengumpulkan 20 biji mercun bola dalam sebuah bekas plastik sebelum Mohd Shahril cuba mencucuh sumbunya, tetapi tidak menyala dan sekali lagi mencuba sebelum mercun itu meletup.

Pergelangan tangan kanan Mohd Shahril hancur dengan satu jarinya terpelanting di atas tanah manakala Mohd Ahmad melecur di beberapa bahagian badan serta matanya kabur selepas terkena percikan api mercun.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...