Friday, October 5, 2012

Safee: Itu bukan saya, Julia bukan kekasih saya

Julia Hana
Julia Hana
PEMAIN bola sepak kebangsaan, Safee Sali menafikan laporan laman sosial dan blog  yang mendakwa beliau kini sedang dilamun cinta dengan pelakon, Julia Hana dan telah menghabiskan cuti di Langkawi.

Gosip antara keduanya timbul selepas blog berkenaan mendakwa kedua-dua mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah kelmarin.

“Itu bukan saya…saya tidak pernah ke Langkawi pun sebelum ini,” katabeliau kepada Sinar Harian Online.

Pengurusnya, Zakaria Abd. Rahim berkata, pada tarikh berkenaan, beliau menyertai sesi penggambaran pada sebelah pagi di Petaling Jaya.

“Pada sebelah petang Safee ke gim untuk latihan di Kem Latihan Nasional, Persatuan Bola Sepak Malaysia sebagai persiapan menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa di Hong Kong, 16 Oktober nanti,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.

Sehubungan itu, Safee berharap dengan penjelasan yang diberikan, gosip percintaannya dengan pelakon berkenaan akan dihentikan.

Ketika ditanya mengenai kekasih, Safee turut mengakui sudah mempunyai teman istimewa.

Bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Saya bukan artis untuk bercerita mengenai perkara ini. Saya hanya pemain bola sepak.

“Walaupun dilanda gosip sebegini, tumpuan saya terhadap bola sepak masih tidak terganggu dengan gosip tidak menentu seperti ini,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, menerusi laman sosial Facebook  beliau, SafeeSali_10 Official mengatakan, Safee kini dilantik sebagai duta produk minyak wangi Avon, Centre Action, hari ini.

Dengan lantikan itu, menjadikan menjadikan anak jati Selangor itu sebagai satu-satunya ahli sukan dan pemain bola sepak di Malaysia dilantik sebagai Duta Avon.

Sebaik pelancaran itu, Safee juga dilaporkan terus ke LCCT untuk pulang ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan persahabatan antara Pelita Arema dan The Real Garuda di Malang, Indonesia, petang esok.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...