Sunday, October 21, 2012

Suami minum darah isteri

derita isteri

Kejadian yang menimpa Deepa Ahirwar, bukan sebahagian dari sebuah adegan filem seram. Wanita muda ini menceritakan keperitan yang dialaminya selama menjadi isteri apabila suaminya meminum darahnya selama tiga tahun.

Deepa, menikahi seorang petani, Mahesh Ahirwar di Shikarpura, Madya Pradesh, India. Setelah berkahwin, dia bukan sahaja tidak mendapat perlindungan dan kasih sayang malah dia mendapat layanan mengerikan dalam rumah tangganya.

Seperti dilaporkan oleh Times of India, Deepa menceritakan perilaku pelik suaminya bermula ketika mereka berbulan madu. "Dia mengambil darah dari lengan saya melalui suntikan, menuangnya dalam gelas lalu meminumnya. Dia melakukannya secara rutin selama tiga tahun dan mengancam saya jika menceritakan hal ini kepada siapa pun."

Selepas beberapa bulan berkahwin, Mahesh terus meminum darah isterinya dan tidak mahu berhenti walaupun isterinya sedang hamil. Namun setelah anak mereka dilahirkan, Deepa mengecam perilaku suaminya. Akibat perbuatan berani Deepa, dia telah dipukul oleh suaminya.

Suatu hari, tanpa pengetahuan suaminya, dia menyelinap keluar rumah bersama bayinya dan menceritakan semuanya kepada ayahnya. Kemudiannya kes ini dilaporkan kepada pihak polis Patera. Namun, pegawai polis di situ menolak laporan tersebut kerana mengatakan kes itu dibawah tanggungjawab Balai Polis Hindoriya.

Di Balai Polis Hindoriya pula dia diarahkan ke bahagian kaunseling wanita tetapi kesnya tidak diterima. Namun, hasil bantuan penduduk Shikapura akhirnya berjaya membuatkan kes keganasan rumahtangga ini ditangani polis.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...