Sunday, October 21, 2012

Tentera Israel serbu kapal ke Gaza

BAITULMUQADDIS - Tentera Laut Israel semalam menyerbu sebuah kapal yang membawa para aktivis Palestin termasuk wakil rakyat Eropah untuk memecahkan sekatan ke Gaza.

Menurut satu kenyataan tentera rejim Zionis, anggota-anggota tentera laut itu menaiki kapal MV Estelle yang dalam pelayaran ke Genting Gaza.

Kenyataan itu menyatakan, kapal tersebut yang mengibarkan bendera Finland diarah berlabuh di Pelabuhan Ashdod, Israel.

MV Estelle
GAMBAR yang disiarkan Pasukan Pertahanan Israel menunjukkan kapal MV Estelle berada dekat Genting Gaza semalam.
"Tiada sebarang keganasan (tindakan yang dilakukan anggota tentera laut)," kata seorang jurucakap tentera Israel.

Menurutnya, para penumpang kapal tersebut tidak melawan semasa serbuan itu dilakukan.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak penganjur menyatakan kapal berkenaan 'diserang' ketika berada 35 batu nautika dari pantai Gaza.

Apabila tiba di pelabuhan tersebut, para penumpang akan diserahkan kepada polis sebelum dihantar untuk diuruskan pihak imigresen.

Kapal yang dimiliki Sweden itu berlepas dari Naples, Itali pada 7 Oktober lalu dengan membawa 30 orang dari lapan buah negara.

Ia membawa beberapa wakil rakyat dari Norway, Sweden, Greece, Sepanyol dan seorang aktivis Israel berusia 79 tahun dari Kanada.

Kapal itu membawa dua pokok zaitun, 41 tan simen, 300 biji bola sepak, peralatan perubatan dan buku kanak-kanak.

Ia turut membawa peralatan muzik, radio dan wayang gambar. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...