LONDON - Kumpulan rock legenda, The Rolling Stones berjaya menarik lebih 20,000 penonton untuk menyaksikan konsert jelajah pertama mereka sempena ulang tahun ke-50 penubuhan band itu di sini kelmarin.
JAGGER menyanyi pada konsert The Rolling Stones di Arena O2, London kelmarin. |
Tiga lagi konsert band itu bakal diadakan di Amerika Syarikat pada Disember ini.
Tiket konsert di sini dijual pada harga £406 (RM1,981) bagi setiap tempat duduk biasa dan harganya meningkat hingga £1,300 (RM6,343) selepas dijual semula di beberapa laman web.
Band yang ditubuhkan pada tahun 1962 itu dianggotai penyanyi utamanya, Mick Jagger, 69, Keith Richards, 68, Charlie Watts, 71, dan Ronnie Wood, 65.
Bagaimanapun, dua anggota lama band veteran tersebut, Bill Wyman, 76, dan Mick Taylor, 63, turut menyertai persembahan mereka yang berlangsung di stadium Arena O2.
Antara lagu yang dipersembahan band itu ialah Sympathy For The Devil, Gimme Shelter, I Want to be Your Man, Midnight Gambler, I'm Going Down dan Get Off of My Cloud.
Sejumlah peminat setia band itu menyatakan kesanggupan berbelanja besar untuk mendapatkan tiket kerana konsert tersebut mungkin peluang terakhir mereka untuk melihat band tersebut beraksi.
Pada 26 Oktober lalu, Rolling Stones pernah membuat satu persembahan dengan harga tiket hanya sekitar £20 (RM98) di hadapan 350 penonton di sebuah kelab kecil di Paris, Perancis.
sumber- AFP
0 comments:
Post a Comment