Tuesday, November 27, 2012

Kanak-kanak leukemia terima anugerah khas

LONDON - Kemampuannya untuk terus tersenyum, walaupun sedang bergelut dengan penyakit leukemia dan pelbagai penyakit lain, melayakkan seorang kanak-kanak lelaki dari Durham, dekat sini terpilih menerima anugerah khas daripada persatuan kebajikan Britain.

Max Pedelty
Max Pedelty bergambar bersama anugerah Bintang Kecil yang diterimanya. Pedelty menerima anugerah itu atas kemampuannya bertahan dan sentiasa tersenyum, walaupun menghidap pelbagai penyakit. - AGENSI
Max Pedelty, 2, menerima Anugerah Bintang Kecil daripada Cancer Research UK yang memberikan anugerah itu khas kepada pesakit barah berumur bawah 18 tahun di Britain, setelah dia dicalonkan oleh ibunya, Mandy.

Pedelty dilahirkan dengan menghidap pelbagai penyakit termasuk jantung berlubang, kerosakan sistem saraf teruk yang membataskan pergerakan ototnya serta sindrom down.

Pada September tahun lalu, Pedelty dikesan pula menghidap leukemia.

Namun, semua itu tidak memberi kesan pada riak wajah kanak-kanak itu untuk sentiasa kelihatan ceria, sekali gus menjadi inspirasi buat keluarganya.

Selepas menjalani rawatan kemoterapi di Royal Victoria Infirmary, di Newcastle antara November tahun lalu dan Mei tahun ini, dia kini kembali pulih.

Mandy berkata, anaknya itu tidak pernah sesekali merungut akan ujian yang dilakukan ke atasnya sejak dia dilahirkan, sebaliknya kekal menjadi seorang kanak-kanak yang ceria.

‘‘Anugerah ini adalah pengiktirafan atas semangat melawan yang ditunjukkan Pedelty,’’ katanya. 

sumber- AGENSI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...