Wednesday, November 21, 2012

Hantu muncul ketika pengantin menari

Jordan Martin, 12, telah berjaya menangkap gambar sesuatu yang tidak disangka ketika sepasang pengantin menari bersama di majlis perkahwinan mereka di Tewkesbury Rugby Club, Gloucester. Dia pada awalnya dianggap menipu dan bergurau ketika mengaku menangkap gambar kepala wanita separuh badan timbul dari lantai berdekatan booth DJ.

foto hantu

Katanya, "Saya tidak menyedari sebarang perkara yang ganjil sehinggalah beberapa hari kemudian ketika saya melihat gambar-gambar tersebut di dalam komputer. Ianya sungguh pelik kerana kelihatan benar-benar seekor hantu muncul dalam gambar tersebut."

photo hantu

Pada asalnya, Jordan sekadar mahu mengambil gambar pasangan pengantin baru, Nigel dan Helen Davis yang menari buat pertama kalinya selepas berkahwin di Pejabat Pendaftaran Gloucester pada 31 Mei 2008. Ibu Jordan, Ann yang tinggal di Northway, Gloucester tidak percayakan hantu tetapi dia juga tidak dapat menerangkan apakah sebenarnya kelibat misteri tersebut.

Jordan Martin
Jordan Martin
"Saya amat terkejut apabila melihat gambar tersebut. Ianya kelihatan jelas dan seakan benar. Jordan juga amat teruja. Ianya sedikit pelik," kata Ann.

3 comments:

  1. Hurm...agak2 btol ke tu.Kot jadi macam berita kosmo aritu.Hehe.Klaka je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x tau la betul ke x sha.. tpi crita ni dah lama.. 5zol translate semula ke dalam bahasa melayu sebagai koleksi cerita hantu..

      Delete
  2. hantunya ingin di kawinkan tuh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...