Friday, November 23, 2012

Ladang ganja dalam 7 bilik tidur rumah mewah

LONDON: Sebuah ladang ganja yang “canggih dan mewah” ditemui polis di bangunan tidak dijangka sebuah kediaman mewah berciri zaman silam bernilai £;750,000 (RM3.7 juta), semalam.

pokok ganja
POKOK ganja ditanam di bawah lampu dengan pengedaran udara dari kipas.
Di rumah mewah itu, polis Britain menemui pokok ganja bernilai £;160,000 (RM781,500) yang ditanam di semua tujuh bilik tidur yang ada.

Rumah itu terletak di Whitworth, berhampiran Rochdale.

Bangunan berkenaan yang dikelilingi taman dan tiga ruang tamu, kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM3.7 juta.

rumah mewah
RUMAH agam dibina dengan ciri silam di Whitworth.
Ejen hartanah menganggap bangunan itu sebagai unik kerana dibina dengan ciri era zaman Victoria. 

Jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pokok ganja ditemui ditanam dalam rumah itu dan membesar dengan bantuan haba dari lampu dan kipas. Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki membekalkan pokok ganja itu. 

sumber- DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...