Friday, November 23, 2012

Tragedi konvoi motosikal berkuasa tinggi

KUALA LUMPUR: Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan konvoi 12 motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum susur Subang Jaya di sini, semalam.

Tragedi konvoi motosikal berkuasa tinggi
MAUT...anggota polis mengangkat mayat mangsa kemalangan motosikal berkuasa tinggi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53, ahli Kelab Kota Tinggi Bikers manakala isteri mangsa yang cedera parah, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Antara mangsa yang cedera parah ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Asisten Superintendan Kamardin Yusof yang sedang bercuti.

Tragedi konvoi motosikal berkuasa tinggi
TERUK...keadaan motosikal berkuasa tinggi yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah SUV, semalam.
Difahamkan, Kamardin bersama konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan ke Phuket, Thailand, dan beliau patah tangan kanan.

Menurut sumber polis trafik, kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV jenis Honda CRV yang berada di laluan tengah lebuh raya berkenaan, menukar laluan secara tiba-tiba.

sumber- HMetro

1 comment:

  1. huu.. ngeri tgk dlm berita smlm..
    syg moto woo.. hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...