Thursday, December 6, 2012

Anggota polis gemuk Indonesia diarah bersenam

TANGERANG, Indonesia - Anggota-anggota polis yang gemuk di Indonesia telah diarahkan untuk bersenam sebanyak dua kali seminggu bagi menurunkan berat badan mereka.

anggota polis gemuk lelaki dan perempuan berlari untuk kuruskan badan
SEBAHAGIAN anggota polis berlari untuk menguruskan badan.
Mereka juga perlu mengikuti latihan senaman aerobik dan tekan tubi bagi mengurangkan beberapa kilogram berat badan masing-masing.

Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, anggota polis yang mempunyai berat 100 kilogram (kg) ke atas diwajibkan mengikuti program menurunkan berat badan.

Beliau berkata, jumlah anggota polis yang gemuk semakin bertambah.

Katanya, tekanan, gaya hidup yang tidak aktif dan makanan segera telah membuatkan anggota polis di pusat bandar mengalami peningkatan berat badan.

Pendaftaran program penurunan berat itu yang bermula pada minggu lalu itu telah menerima kira-kira 300 peserta yang mempunyai berat badan berlebihan.

sumber- Agensi

3 comments:

  1. Mohon dijalankan di Malaysia. Kutip sekali, menteri gemuk, dan pekerja awam gemuk. Polis toksah cakapla...potong gaji dia kalo dia gemuk lagik..telebih makan tuh. Nak kejaq penjenayah macam mana, nak bawak perut pun jenuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi bahaya kalau yg gemuk kerana rasuah...

      Delete
  2. mau kurus cepat,hubungi kami.melayani antar negara

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...