Saturday, December 8, 2012

Mati berlumuran darah

TELUK INTAN - Tanpa disangka, seorang lelaki ke rumah mertuanya untuk menjenguk isteri serta anak lelaki berusia setahun yang sedang sakit disusuli kejutan apabila dia ditemui mati di rumahnya sendiri, di Pangsa Damai, Jalan Pasir Pendamar, di sini, pagi semalam.

Isteri mangsa, Liow Yok Kwan, 34 memaklumkan, mangsa melawatnya serta anak tunggal mereka di rumah ibunya yang terletak berhampiran kediaman mereka kira-kita jam 8.30 pagi semalam.

Mati berlumuran darah
Keadaan mayat mangsa yang terbaring berlumuran darah.
Katanya, anak lelaki mereka jatuh sakit dan mereka berdua tinggal di rumah ibunya buat sementara waktu.

"Semasa suami saya datang melawat, dia tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun telah menganggur sejak beberapa hari dan meluahkan rasa tertekan dengan apa yang terjadi.

"Tidak lama kemudian dia memaklumkan mahu pulang ke rumah dan saya tidak mengesyaki apa-apa akan berlaku pada ketika itu," katanya.

Menurut Yok Kwan, dia pulang ke rumah pada jam 10.30 pagi dan terkejut apabila menemui mayat suaminya dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka.

"Setahu saya, suami saya tidak pernah berhutang dengan mana-mana pihak dan tidak mempunyai masalah dengan saya walaupun sudah beberapa hari menganggur.

"Suami saya sangat sayangkan kami sekeluarga. Dia juga seorang yang rajin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa mengalami tiga kecederaan di bahagian perut, leher dan pergelangan tangan kiri.

Menurut beliau, mangsa meninggal di tempat kejadian dan polis kini sedang menyiasat kes berkenaan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

sumber- Sinar

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...