Saturday, February 2, 2013

Wanita menempah maut jika makan buah lagi

Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi. Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah. Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.

Wanita menempah maut jika makan buah lagi

Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah. Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.

Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.

Wanita menempah maut jika makan buah lagi

“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.

Wanita menempah maut jika makan buah lagi

Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...