Sunday, January 6, 2013

Evolusi karakter Cookie Monster

Sesame street adalah rancangan televisyen kanak-kanak yang terkenal di seluruh dunia. Rancangan berunsurkan pendidikan ini dihidupkan dengan karakter boneka yang cantik dan comel. Salah satu karakter terkenal ialah Cookie Monster. Namun tidak ramai yang tahu bentuk asal karakter tersebut sebenarnya agak menakutkan. Berikut merupakan sedikit fakta dan evolusi karakter tersebut.

Cookie Monster
Cookie Monster pada awalnya dikenali sebagai Wheel Stealer. Ianya dihasilkan untuk iklan yang tidak pernah ditayangkan bagi produk snek Wheels, Crowns, dan Flutes.

Cookie Monster
Boneka ini pada asalnya mempunyai gigi yang tajam serta berbulu hijau gelap dan tompok coklat kehitaman

Cookie Monster
Wheel Stealer diubah dalam versi yang lebih kecil dan muda dengan nama baru iaitu Arnold. Arnold dihasilkan untuk pengiklanan produk Munchos. Ianya tidak bergigi dan mempunyai bulu berwarna ungu lembut. Sedikit sebanyak, bentuknya sudah menyerupai kemunculan pertama Cookie Monster dalam Sesame Street.

Cookie Monster
Boneka ini kemudian dikembalikan pada saiz asal dan bulunya ditukar kepada warna biru. Julung kalinya ia dikenali sebagai Cookie Monster ketika tayangan Sesame Street pada musim pertama. Bulunya masih kelihatan tidak kemas dan agak gelap.

Cookie Monster
Pada penghujung musim kedua, boneka ini menjalani sedikit pengubahsuaian. Rahangnya lebih petak berbanding sebelum ini, matanya dianjakkan lebih tinggi ke atas kepala, manakala bulu disekeliling mulutnya turut dibuang. Anak matanya diletakkan pada sudut lebih rendah memberi gambaran bahawa dia sedang melihat ke bawah.

Cookie Monster
Cookie Monster
Bermula sekitar pertengahan tahun 80-an, dua variasi rekaan Cookie Monster digunakan silih berganti. Satu daripadanya mengikut rekaan sebelum ini dengan mulut yang luas dan bulu yang pendek. Variasi rekaan lagi satu mempunyai mulut yang lebih melengkung. Secara keseluruhan, bulu boneka ini lebih lembut dan berwarna terang. Saiz anak matanya juga turut diubah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...