Tuesday, January 29, 2013

RM7300 disembunyi dalam selimut jatuh melayang

Penduduk Nanjing, China, dikejutkan dengan hujan wang kertas yang datangnya dari langit. Semuanya gara-gara seorang isteri yang menyidai selimut di beranda pangsapuri rumahnya tetapi tidak tahu bahawa suaminya telah menyembunyikan wang sebanyak 15 000 yuan (kira-kira lebih dari RM7300 ringgit) di dalam selimut tersebut.

RM7300 disembunyi dalam selimut jatuh melayang

Pasangan keluarga yang dikenali sebagai Liu tersebut tinggal di sebuah pangsapuri tingkat sepuluh yang terletak di Jalan Maiyoa, bandar Jiangsu. Sehari sebelum kejadian, si suami mengeluarkan wang dari bank sebanyak 15 000 yuan dalam helaian not 100 yuan. Dia menyembunyikan wang tersebut di dalam selimut bagi memastikan ianya selamat sebelum makan tengah hari. Namun, kegagalan memberitahu perkara tersebut kepada isterinya telah menimbulkan insiden yang tidak diingini.

Cuaca pada hari kejadian agak baik dan si isteri mengambil keputusan untuk menyidai selimut tersebut di beranda. Si isteri tidak tahu apa-apa sehinggalah terdengar pekikan orang ramai dari bawah. Menyedari apa yang berlaku, si suami lantas menyambar selimut yang tersidai dan ternyata wang yang disembunyikannya sudah tiada.

Penduduk setempat yang dikenali sebagai Yan berkata, "Apabila saya melihat wang kertas melayang dari atas, saya sangkakan ianya gurauan dan wang tersebut adalah palsu. Namun setelah diteliti, saya terkejut kerana ianya adalah wang sebenar."

Pasangan yang malang ini bergegas turun untuk mengutip semula wang mereka dengan bantuan penduduk setempat dan juga anggota polis.Mujurlah mereka dapat mengumpul semula wang sejumlah 12 000 Yuan. Baki 3 000 Yuan lagi sudah lenyap dari angka keseluruhan.

1 comment:

  1. Pelik2 je...
    yang pegi sorok dalam selimut tu buat apa.....
    Dah rugi sikit...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...