Friday, February 22, 2013

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah menyelamatkan adiknya yang tercedera setelah terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa emak mereka. Dia cuba sedaya-upaya untuk mengheret adiknya keluar dari kenderaan tersebut dan menyelimutkan badan mereka sementara menunggu ketibaan bantuan.

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

Dalam kejadian yang berlaku di barat daya Washington tersebut, ibu mereka, Jessica Marie Rath, 26, dari Astoria  sedang dalam perjalanan untuk mengambil suaminya yang baru selesai menangkap ikan. Namun, Jessica tertidur ketika memandu menyebabkan kenderaannya terbabas lalu melanggar pokok.

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

Beberapa jam selepas itu, kira-kira pukul 8 pagi, seorang penunggang motorsikal yang kebetulan lalu di situ mendekati pokok tersebut untuk melihat apakah yang berlaku. Dia telah menemui dua kanak-kanak perempuan, Aryanna Rath, 4, dan adiknya Lylah Huff sedang berada disitu.

Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan
Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan
Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan
Kakak 4 tahun selamatkan adik dalam kemalangan

3 comments:

  1. Besarnya pengorbanan budak yang baru berusia 4 tahun ni...

    ReplyDelete
  2. walaupun baru 4 tahun tapi dia dah melakukan pengorbanan yang cukup besar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...