Pasukan bomba dari Poland mengatakan, seekor anjing kecil telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dimana dia telah hilang sepanjang malam dalam suhu yang terlampau sejuk.
Julia, telah hilang pada hari Jumaat dan ditemui semula terbaring di paya beberapa kilometer jauh dari rumahnya pada pagi Sabtu dimana anjing tersebut turut berada disampingnya. Dia terpaksa dimasukkan ke hospital di barat Poland setelah mengalami radang beku akibat terdedah kepada suhu terlampau sejuk hingga mencecah -5 darjah Celcius (23F).
Anggota bomba Grzegorz Szymanski, mengatakan anjing tersebut telah memanaskan kanak-kanak itu bagi membolehkannya untuk terus hidup.
"Sepanjang malam anjing itu tidak berganjak dari sisi kanak-kanak tersebut. Suhu pada waktu itu ialah 5 darjah dibawah paras beku manakala kanak-kanak ini berada dalam keadaan lembab," katanya lalu menambah, haiwan tersebutlah merupakan faktor utama yang telah menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.
Lebih dari 200 individu telah menyertai operasi pencarian sepanjang malam. Mereka sangkakan dia hanya tersesat di dalam hutan yang berdekatan rumahnya di kampung Pierzwin.
Kali terakhir dia dilihat oleh ibu bapanya ialah ketika dia sedang bermain di belakang rumah bersama seekor anjing mongrel kecil. Kanak-kanak ini berjaya ditemui semula setelah anggota bomba bomba terdengar tangisan yang memanggil-manggil ibunya.
0 comments:
Post a Comment