Sunday, March 3, 2013

Banduan bersembunyi dalam bagasi

Penjara di Venezuela telah menyekat pelawat dari membawa masuk bagasi setelah pengawal berjaya mengesan seorang banduan yang cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bagasi yang dibawa oleh teman wanitanya.

Banduan bersembunyi dalam bagasi

Gavinson Garcia yang ditahan atas kesalahan membunuh, telah bersembunyi di dalam bagasi yang berketinggian kira-kira 5 kaki 3 inci dalam cubaan melarikan diri. Bagasi tersebut dibawa oleh teman wanitanya, Susana Blanco, ke penjara Yare II yang terletak di Caracas, Ahad lalu.

Namun rancangan mereka gagal apabila pengawal mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena setelah Blanco, 22, begitu sukar membawa bagasi berodanya ke pagar penjara. Setelah dibuka, mereka menjumpai Garcia dalam keadaan separuh tidak berpakaian bersembunyi di dalam bagasi tersebut.

Kebiasaannya, sebarang beg atau bagasi yang dibawa hanya digeledah semasa pelawat masuk dan tidak akan digeledah semula ketika meninggalkan penjara.

Leftenan Kolonel  Rafael Rodríguez berkata, Blanco telah menerima bayaran kira-kira $1,100 untuk melibat diri dalam kejadian ini. Garcia juga dipercayai membayar kira-kira $3,175 kepada beberapa banduan untuk membantunya bagi melarikan diri.

"Wanita tersebut mengheret bagasi berwarna hitam, namun tindak-tanduknya mencurigakan pengawal," kata Rodriguez.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...